Ayam Masak Kurma dari Bangladesh
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- 1 ekor ayam dipotong 10-12 bahagian.
- 2 biji bawang labu merah dihiris halus.
- 2 sudu besar pes bawang putih halia.
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar. (sediakan serbuk ketumbar sendiri).
- 3/4 cawan yogurt .
- 1 kpg kulit kayu manis 2″ panjang.
- 3 biji buah pelaga.
- 1 helai daun salam India.
- 4-5 kuntum cengkih.
- 4 tangkai cili hijau.
- 2 sudu besar buah badam direndam air dan tumbuk lumat.
- 2 sudu besar biji janggus.
- 2 sudu besar buah kismis.
- 1 sudu kecil gula.
- Garam secukup rasa.
- 3 sudu besar minyak masak.
- 2 sudu besar minyak sapi.
CARA PENYEDIAAN:
- Bersihkan ayam dan tos. Masukkan yogurt , pes halia bawang putih dan
serbuk ketumbar – adunkan sama rata dan peram sekurang-kurangnya 1 jam.
- Panaskan kuali masukan minyak. Masukan hirisan bawang dan goreng
keemasan dan masukan biji janggus, kismis, kayu manis, pelaga, cengkih
dan daun salam sentiasa kacau sehingga naik baunya.
- Masuk segera ketulan ayam yang telah peram dan garam ke dalam
kuali. Masak ayam ini dalam api sederhana besar (medium). Kacau sekali
sekala ayam. Proses ini kita cuma ingin mengaringkan sedikit permukaan
ayam supaya keras sedikit dan bila masak tak mudah hancur.
- Masukkan 2 1/2 cawan air (kalau dapat stok ayam lagi sedap) dan
buah badam yang ditumbuk halus. Reneh masakkan ini dengan api dapur
kecil dan tutup dengan tudung. Sekali-sekala kacau adunan ini.
- Masukkan gula, minyak sapi dan cili hijau. Rasa masakan ini
kemasaman yogurt dan gula telah dimbangkan. Sekiranya masam tambah gula 1
sudu besar lagi. Nasak sehingga ketulan ayam masak sempurna. Angkat dan
hidangkan dengan taburan bawang goreng.
Nota: sekira anda suka tambah 1/2 kecil serbuk kunyit dan 2 sudu besar serbuk cili untuk pedas sedikit.