Resepi Ayam Bumbu Bali
Bahan-Bahan Perlukan:RESEPI
- 1 ekor ayam potong 16 bahagian.
- 3 helai daun limau purut dibuang urat daun tengah.
- 3 biji tomato dipotong 8 bahagian.
- 2 sudu kicap manis ABC.
- 1 inci lengkuas dicincang halus.
- 2 helai daun salam Indonesia.
- 2 sudu besar air limau nipis / lemon.
- 1 sudu besar gula melaka.
- 1 sudu besar jus asam jawa.
- 2 kiub pati ayam / 1 liter air stok ayam.
Bahan-Bahan Untuk sambal dikisar halus:
- 10 tangkai cili merah dibuang biji.
- 5 tangkai cili api
- 1 keping belacan bakar bersaiz 1″ X 1″.
- 3 butir buah keras.
- 5 ulas bawang putih.
CARA-CARA PENYEDIAAN:
- Bersihkan ayam dan lumurkan sedikit garam dan jus lemon. Peram sekurang-kurang 30 minit.
- Goreng daging ayam setengah masak.
- Tumis bahan kisaran sehingga naik minyak.
- Masukkan lengkuas, daun salam, daun limau purut, tomato dan kicap
manis. Masukkan juga gula melaka dan juga air asam. Sekiranya pekat
sangat masukkan air stok ayam atau 2 kiub stok ayam bersama 1 liter air
atau sukatan air untuk kepekatan yang anda perlukan.
- Perlahankan api dapur, masukkan ketulan ayam. Tutup tudung bekas
masak. Biarkan ayam masak separuh lagi. Apabila ayam telah secukup masak
tutup api dapur. Keluarkan ayam dan hidangkan. selamat mencuba.