Jumaat, 2 Mei 2014

Lempeng Daging Cincang

Bahan-bahan untuk lempeng:

2 biji telur
125 gm tepung gandum
300 ml susu segar
2 sudu besar mentega cair
120 gm keju mozzarella – disagat

Bahan-bahan untuk inti daging cincang:

1 labu bawang merah – dicincang
1 ulas bawang putih – dicincang
180 gm tomato puri
80 gm lada benggala hijau – dicincang
80 gm lada benggala merah – dicincang
200 gm daging cincang
Garam secukup rasa

Cara menyediakan inti daging cincang:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Barulah masukkan tomato puri dan daging cincang.
  3. Apabila daging agak masak, masukkan pula lada benggala hijau dan merah.
  4. Bubuh garam dan kacau sebati.
  5. Apabila inti masak, angkat dan ketepikan.

Cara menyediakan lempeng daging cincang:

  1. Ambil sebuah bekas. Masukkan telur, tepung gandum, susu segar dan mentega cair.
  2. Kacau kesemua bahan tersebut sehingga sebati.
  3. Panaskan kuali ' non stick' leper dan tuangkan satu senduk adunan.
  4. Pastikan adunan lempeng ini nipis.
  5. Apabila sudah kekuningan, angkat lempeng ini dan letakkan di atas bekas pembakar.
  6. Tuangkan inti daging cincang yang sudah dimasak tadi di atas lempeng.
  7. Gulung lempeng berinti daging ini.
  8. Kemudian taburkan keju mozzarella yang sudah disagat tadi.
  9. Angkat bekas pembakar dan masukkan bekas berisikan lempeng ini ke dalam ketuhar pembakar.
  10. Bakar pada suhu 150 darjah Selsius selama 20 minit.
  11. Kemudian, lempeng ini siap untuk dinikmati.
sumber dari : http://www.sajionline.my/