Jumaat, 2 Mei 2014

Resepi Sup Kambing Daha

Bahan-bahan:

500 gram daging kambing, potong dadu, bakar hingga matang
1500 ml santan
5 sudu makan makan kicap manis
5 helai daun limau
3 helai daun salam
3 sudu makan makan minyak masak

Bahan Pelengkap:

150 gram taugeh, bersihkan
150 gram kobis, hiris halus
3 batang daun seleri, hiris halus
3 sudu makan makan bawang putih goreng
5 sudu makan makan bawang merah goreng
3 biji limau nipis
6 sudu makan teh sambal cili api

Kisar halus:

8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan teh lada hitam
1 sudu makan teh ketumbar
½ sudu makan teh jintan
1 sudu makan garam (atu secukup rasa)
1 sudu makan gula merah
Seruas jari kunyit
Seruas jari halia
Seruas jari lengkuas

Cara Penyediaan:

Tumis bahan kisar hingga naik bau dan masak. masukkan santan, daun limau dan daun salam diikuti daging kambing. Masak hingga bahan kisar meresap. Angkat dan ketepikan seketika.

Satukan taugeh dan kobis dalam mangkuk. Tuang kuah panas panas tadi. Taburkan bawang putih goreng, bawang merah goreng dan daun seleri sebelum disajikan.

Sajikan segera selagi panas dangan kicap, sambal lada api, dan potongan limau nipis.