Khamis, 1 Mei 2014

Sotong Goreng Cili Padi

Bahan-bahan:

300 gm sotong (saiz sederhana)
15 ml minyak masak
30 tangkai cili padi – ditumbuk
1 sm kunyit hidup – ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 labu bawang besar – dihiris
2 tangkai cili merah – dihiris
20 gm asam jawa – dibancuh bersama air
20 gm gula
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan sotong dan ketepikan buat seketika.
  2. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis cili padi, kunyit hidup dan bawang merah yang telah ditumbuk.
  3. Apabila tumisan naik bau, masukkan hirisan bawang besar dan cili merah.
  4. Kemudian, masukkan sotong, air asam jawa, gula dan garam.
  5. Kacau rata kesemua bahan.
  6. Biarkan sehingga sotong masak.