Rabu, 30 April 2014

Puding Labu Gula Melaka

(* Resipi oleh Chef Shafie, Chef Pastri, Hotel Equatorial, Bangi, Selangor)

Bahan-bahan:
50 gm labu
100 ml santan
10 gm gula
10 gm serbuk agar-agar
Garam secukup rasa
Gula melaka secukupnya

Cara menyediakan:
1. Mula-mula, bersihkan labu dan potong dadu.
2. Selepas itu, rebuskan labu yang telah dipotong dadu.
3. Apabila labu sudah masak, angkat dan tuskan. Ketepikan.
4. Masak agar-agar bersama santan.
5. Kacau sehingga serbuk agar-agar larut.
6. Perasakan agar-agar dengan garam.
7. Selepas itu, masukkan agar-agar ke dalam gelas.
8. Masukkan pula labu yang telah dimasak tadi ke dalam gelas.
9. Kemudian, masukkan pula santan.
10. Sejukkan puding ini dalam peti sejuk.
11. Ketika hendak menikmati puding ini, curahkan gula melaka di atasnya.
12. Puding labu ini sedia untuk dinikmati.