Bahan-bahan:
1 bungkus mi kuning
200 gm tauge - dicelur
3 keping tauhu – digoreng dan dibelah memanjang
5 biji telur – direbus dan dibelah dua
10 biji limau kasturi – dibelah dua
3 tangkai cili hijau – dihiris
Bawang goreng
Daun sup - dihiris
200 gm tauge - dicelur
3 keping tauhu – digoreng dan dibelah memanjang
5 biji telur – direbus dan dibelah dua
10 biji limau kasturi – dibelah dua
3 tangkai cili hijau – dihiris
Bawang goreng
Daun sup - dihiris
Bahan-bahan untuk kuah:
½ kg tulang daging
300 gm daging
300 gm udang basah – dikisar
250 gm keledek – direbus dan dikisar
1 tin tomato puri
2 batang serai – diketuk
2 jag air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Bahan-bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sm halia
50 gm taucu
50 gm rempah kari daging
Cara menyediakan:
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga berbau wangi.
- Masukkan serai, tulang daging dan daging.
- Tuangkan dua jag air dan renehkan sehingga daging menjadi empuk.
- Tidak perlu risau jika daging akan terlebih empuk kerana ia akan memberikan rasa enak yang lebih kepada kuah.
- Selepas itu, masukkan tomato puri dan udang basah yang telah dikisar . Kacau rata.
- Masukkan pula keledek yang telah dikisar.
- Masak sehingga kuah menjadi pekat.
- Bubuh garam dan gula. Kacau sebati.
- Bolehlah hidangkan mi yang sudah dicelur, tauge, tauhu, telur rebus limau kasturi dan cili hijau.
- Tuangkan kuah di atas mi dan kemudian taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng.
- Mi Rebus Muar ini sedia untuk dinikmati.