Rabu, 16 Oktober 2013

Pelbagai Sambal Belacan

1) Sambal Belacan (The basic recipe)

Bahan-bahan

5 - 6 biji cili merah (yang segar)
1 - 2 sudu makan serbuk belacan (belacan ni selalunya aku bakar dulu dan dijadikan serbuk)
garam
air asam jawa atau air limau nipis
gula (kalau suka)

Caranya

  1. Basuh dan buang biji cili merah.
  2. Kalau suka pedas, boleh campurkan cili padi.
  3. Masukkan cili, belacan, garam ke dalam lesung penumbuk
  4. Tumbuk sehingga cili lumat. Kalau suka halus tumbuk lama sedikit.
  5. Kalau menggunakan blender (kurang sedap sebab tidak bergaul serata ditumbuk dengan lesung batu), gunakan blender untuk bahan kering sehingga lumat.
  6. Masukkan perahan air asam jawa (lebih kurang 2 - 3 sudu makan) kedalam lesung, gaul dengan rata dan sendukkan ke dalam mangkuk.
  7. Kalau nak campur sedikit gula (1 sudu kecil) boleh di campur sebelum memasukkan air asam jawa. Tumbuk sehingga gula hancur.

2) Sambal Bacang/Macang


Bahan-bahan

  1. Sambal belacan
  2. Buah bacang

Caranya

  1. Kalau nak buat sambal bacang (orang utara panggil buah macang), sediakan sambal belacan seperti dalam resipi 1.
  2. Kupas kulit buah bacang, kemudian hiris isi buah macang nipis macam nak buat kerabu. Jangan terlalu kecil,tebal sedikit pun OK.
  3. Masukkan hirisan buah bacang kedalam lesung dan lenyekkan sedikit buah bacang dengan alu/anak lesung.
  4. Gaul sehingga sambal bercampur rata dan sendukkan ke dalam mangkuk
  5. Untuk sambal ini boleh kurangkan air asam jawa atau terus tidak digunakan.
  6. Tidak perlu gula.
  7. Selain dari bacang buah mangga yang masak juga boleh dicampur dengan sambal ini.
3) Sambal Kerisek

Sambal kerisek selalu dimakan untuk cicahan perut lembu (yang macam kain tuala tu) yang sudah di rebus, atau daging bakar.

Bahan-bahan

  1. Sambal belacan seperti resipi 1). Tetapi kurangkan belacan dan air asam jawa
  2. 3 sudu makan kerisek
  3. 4 - 5 sudu santan kelapa
  4. 1 biji bawang besar yang di mayang halus

Caranya

Gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati. Kalau nak cairkan sedikit adjust santan.

4) Sambal Tomato (air asam tomato)

Bahan-bahan

  1. Sambal belacan seperti dalam basic recipe (tambah sedikit belacan)
  2. 1 - 2 biji buah tomato yang masak dihiris nipis
  3. 1 biji bawang besar yang dimayang nipis
  4. Air (kalau gunakan air rebusan daging atau ayam pun boleh bertambah sedap
  5. 3 - 4 sudu makan sos cili
  6. Gula secukup rasa

Caranya

Gaul sambal belacan dengan hirisan tomato, bawang besar, sos cili dan gula. Kalau nakk cair tambah air lebih. Ada juga yang menambah kerisek ke dalam air asam ini. Sedap untuk buat cicahan daging bakar, atau daging rebus makan dengan nasi minyak.

5) Sambal belacan durian

Yang ini yang paling senang sebab cuma perlu sambal belacan (jangan masukkan air asam jawa) kemudian di gaul dengan isi durian. Terus sahaja makan dengan nasi.