Rabu, 16 Oktober 2013

Gulai (Kari) Parpu (Dhall) Dengan Telur

Bahan-bahan

100 g kacang parpu ( direndam sampai kembang)
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 biji ubi kentang di kupas dan di potong
2 atau 4 (ikut sizenya)3 biji telur
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
1/2 inci halia
2 biji bawang putih
2 tangkai daun kari (karapule kata orang utara)
Sedikit jintan manis
Garam secukup rasa

Cara memasak

  1. Toskan parpu yang di rendam tadi.
  2. Masukkan ke dalam periuk, campurkan serbuk kari ke dalam parpu.
  3. Masukkan air ke dalam periuk (2 cawan) dan rebuskan parpu bercampur serbuk kari sehingga parpu betul-betul kembang
  4. Masukkan setangkai daun kari ke dalam periuk rebusan. Masukkan garam dan serbuk perasa (jika suka).
  5. Apabila parpu sudah agak kembang masukkan ubi kentang ke dalam rebusan parpu tadi.
  6. Potong atau cincang bawang besar dan "campakkan" ke dalam periuk.
  7. Apabila parpu sudah kembang (dah nampak pecah-pecah dah) masukkan santan pekat. Adjust kandungan kuah mengikut citarasa masing masing.
  8. Masukkan sedikit lagi air untuk membuatkan kuah agak cair sedikit dan agak sejuk (tidak panas menggelegak)
  9. Pecahkan telur ke dalam kuah tadi, sebiji demi sebiji. Jangan kacau kuah untuk mengelakkan dari telur menjadi hancur dan membuatkan kuah menjadi terlalu pekat.
  10. Apabila sudah mendidih dan telur yang di masukkan sudah masak, tutup api dapur.

Cara-cara nak menumis kari

Cara ini di utara dipanggil tumisan darat - tomeh ataih daghat, kalau ikut loghat utara. Tak tau pulaklah kot mana mai term ni.Hiris bawang merah, bawang putih nipis-nipis. Halia di hiris halus memanjang.Panaskan minyak masak (3 atau 4 sudu). Lebih enak dan wangi sekiranya ditambah sedikit minyak sapi (ghee, marjerin atau butter).Goreng hirisan bawang, halia, jintan manis dan daun kari sehingga garing.Masukkan minyak yang mempunyai gorengan bawang tadi semuanya (dan panas-panas) ke dalam periuk kari parpu tadi.Tutup periuk kari sekejap.Dah boleh hidang dah kari ini untuk di makan bersam nasi atau roti canai atau roti paratha.Tambah enak kalau ada ikan masin goreng yang dimakan bersama kari ini.