Khamis, 31 Oktober 2013

Masak Tempoyak Ikan Patin

Bahan-bahan

  • 1 ekor Ikan Patin (Sederhana) - potong ikut cara masing2
  • 15 biji Cili Padi (Merah) ditumbuk- ikut pedas masing2
  • 2 inci Kunyit Hidup ditumbuk
  • 1 helai Daun Kunyit dicarik/ disimpul
  • 2 sudu makan Tempoyak dibancuh asing dengan sedikit air
  • 2 kuntum Bunga Kantan dibelah dua ATAU atau DAN 1/2 biji Timun dibelah dua dan serong
  • 3 - 4 pucuk Daun Kesum
  • 1 Keping Asam Keping
  • Garam secukupnya

Cara-cara

  1. Campurkan bahan yang ditumbuk tadi dengan air (ikut sukatan masing2), masukkan Tempoyak, Daun Kunyit, Daun Kesum dan Asam Keping ke dalam periuk atau kuali. Masak sehingga kuah mendidih.
  2. Masukkan Ikan Patin (basuh dan bersihkan dengan asam jawa terlebih dahulu), guna api yang sederhana kecil (jangan terlalu kacau supaya ikan tidak hancur), biarkan sehingga ikan masak secukupnya.
  3. Masukkan Bunga Kantan, Timun (jika suka) sehingga kuah tidak terlalu pekat. Tambahkan garam secukupnya.
  4. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba.