Isnin, 28 Oktober 2013

Nasi goreng ala jepun

Bahan-bahan

  • 2 mangkuk nasi
  • 1/3 batang carrot-dihiris panjang
  • 1/4 capsicum-dipotong2 (kalau nak pedas..leh guna cili api yg diketuk2)
  • 1 ketul isi ayam/daging- dihiris
  • 5 biji cendawan butang-dihiris2
  • 1/2 biji bawang besar-dihiris
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 2 sudu besar kicap cair
  • minyak (jun guna garlic butter campur sedikit minyak)
  • 1 sudu teh garlic salt (jun x isi..x d stok, tu sbb guna garlic butter)
  • garam dan pepper (jika perlu)
  • 2 biji telur dipukul sedikit

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak. Goreng telur da hancurkan seperti membuat scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak (jun guna campuran minyak dan garlic butter). Masukkan isi ayam dan sayur2an termasuk bawang.
  3. Masukkan garlic salt dan serbuk perasa. Masukkan nasi dan kacau.
  4. Masukkan telur, kicap cair. Masukkan garam dan pepper jika perlu. Gaul rata dan angkat.