Bahan-Bahan:
600 gm. udang yang sederhana besarnya
2 tin susu beras siam
2 tin susu air
4 sudu makan minyak sapi
2 labu bawang besar (dimayang halus)
1 genggam bawang merah ditumbuk hingga lumat.
2 tin susu beras siam
2 tin susu air
4 sudu makan minyak sapi
2 labu bawang besar (dimayang halus)
1 genggam bawang merah ditumbuk hingga lumat.
2 hiris halia dipotong sepanjang 1 sm.
2 ulas bawang merah (dimayang halus
2 ulas bawang putih (untuk ditumis)
1 helai daun pandan
Sedikit kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga.
2 ulas bawang merah (dimayang halus
2 ulas bawang putih (untuk ditumis)
1 helai daun pandan
Sedikit kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga.
Cara:
Udang dibersihkan kemudian buangkan kulit
kepalanya. Beras dicuci dan ditoskan airnya. Masukkan minyak sapi di
dalam periuk kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang tadi bersama
halia, kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Apabila telah naik baunya,
masukkan 2 tin susu cair. Setelah itu masukkan bawang yang sudah
ditumbuk tadi dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Apabila
mendidih masukkan beras dan daun pandan. Kemudian masaklah seperti
memasak nasi biasa. Lebih elok dimasak di dalam periuk elektrik.
Gorengkan udang di dalam kuali yang berasingan sehingga separuh masak,
kemudian diangkat. Bila nasi telah hampir masak masukkan udang ke dalam
nasi sambil diratakan. Kemudian bolehlah dikecilkan api dan tutupkan
periuk nasi. Apabila nasi telah kering masukkan bawang besar yang telah
dimayang tadi. Gaul-gaulkan sehingga sebati. Setelah itu bolehlah
dihidangkan bersama sebarang acar.
Sumber: Keluarga - Masakan dan Kuih Traditional Malaysia