Isnin, 2 Jun 2014

Apam Gandum n Donut

Bahan-bahan (loyang 10x10x3 inc.)

  • 4 1/4 cawan tepung gandum - diayak(akak guna 1/2 kilo)
  • 3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir,dicampur)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
  • secubit garam (opt)
  • kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam(mariam kukus biasa je)

Cara-cara

  1. Loyang disapu minyak sekeliling.
  2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
  4. Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
  5. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.

Resepi Donut

Bahan-bahan

140 ml air
1/2 biji telur saiz M
280 gm tepung roti
28 gm gula
4 gm garam
6 gm susu tepung
40 gm marjerin
5 gm yis

Cara-cara

  1. Adun semua bahan hingga jadi doh yang kenyal.
  2. Canai dan terap.
  3. Biar doh naik 2 kali ganda, kemudian goreng dengan api yang kecil.
  4. Salut dengan gula atau topping kegemaran anda.