Isnin, 2 Jun 2014

Kerabu Taugeh dan Kacang Panjang

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 4 batang kacang panjang (dipotong & direbus)
  • 30 gm taugeh (dibuang ekornya dan dicelur)
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan serbuk maggie cukup rasa
  • 3-4 biji cili padi (dihiris halus)
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sudu makan udang kering (digoreng tanpa minyak dan dikisar/ditumbuk halus)
  • sedikit daun kesum (diracik)
  • 1-2 batang serai (dihiris)
  • gula secukupnya

Cara-cara

  1. Gaulkan kesemua bahan di atas dan dinginkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.
  2. ***boleh tambah garam jika perlu
oleh: dayang_jack