Pasti ramai di antara anda yang menghadapi masalah untuk merangupkan kacang badam apabila hendak membuat biskut bukan?
Ini kerana biskut pasti akan lebih enak sekiranya badam yang dibakar bersama turut rangup.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda petua bagaimana mahu merangupkan kacang badam.
Mula-mula pastikan badam yang anda bakar benar-benar rangup dan sejuk sebelum membalutnya dengan doh biskut.
Caranya adalah dengan memanaskan ketuhar pada suhu 220 darjah celcius, seelok-eloknya api atas dan bawah.
Ratakan badam di dalam tin pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar. Kacau dengan senduk kayu setiap ½ minit supaya rata masaknya.
Jangan terlebih bakar kerana badam mudah pahit. Apabila membakar biskut pula hendaklah benar-benar masak, barulah dibiarkan sejuk sebelum dititiskan dengan coklat.
Diharap dengan petua ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!
sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/
By Azwa Iela | Tupai