Jumaat, 18 April 2014

Resepi Ayam Goreng Extra Crispy

Resepi Ayam Goreng Extra Crispy

Bahan-bahan:

1 ekor ayam – dipotong mengikut saiz pilihan anda
6-8 cawan shortening

Bahan Salut:

1 biji telur, pukul
1 cawan susu
2 cawan tepung serbaguna
2 ½ sudu teh salt
¾ sudu teh pepper
¾ sudu teh MSG
1/8 sudu teh serbuk bawang putih
1/8 sudu teh Baking Powder

Cara penyediaan:

Bersihkan ayam dan letakkan di atas kertas tisu untuk menyerap air basuhan ayam.

Panaskan shortening dalam deep-fryer pada suhu 350 degree.

Satukan telur dan susu di dalam sebuah mangkuk bersaiz sederhana besar.

Satukan bahan-bahan salut lain yang tinggal ke dalam mangkuk yang lain.

Ambil ketulan ayam satu per satu. Celup ke dalam adunan telur, kemudian golek-golekkan dalam adunan tepung. Celup sekali lagi ke dalam adunan telur dan golek-golekkan sekali lagi ke dalam adunan tepung untuk memastikan ayam tersalut sepenuhnya. Susun ayam yang telah disalut di atas pinggan sebelum digoreng.

Setelah shortening panas, masukkan ayam yang telah disalut satu per satu. Goreng sebelah bahagian selama 12-15 minit atau sehingga menjadi warna keemasan. Balikkan dan goreng sebahagian lagi sehingga masak dengan sempurna.

Setelah masak dan garing, angkat dan toskan di atas tisu.

Sedia untuk dihidangkan.