Selasa, 15 April 2014

Asam Keladi Daun Kesum

Bahan-bahan:

4 batang keladi
150 gm udang segar – dibuang kulit
5 keping asam gelugur
5 tangkai daun kesum
3 batang serai – diketuk
3 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk:

20 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
2 sm kunyit hidup
2 sm halia
Sedikit belacan

Cara menyediakan:

  1. Batang keladi disiang kulit lembutnya dan dipotong pendek.
  2. Selepas itu, rebus batang keladi dengan asam gelugur sehingga empuk.
  3. Setelah batang keladi empuk, tuskan airnya.
  4. Ambil periuk dan masukkan keladi.
  5. Masukkan juga bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  6. Diikuti udang, daun kesum, serai dan asam gelugur.
  7. Tuangkan air dan bubuh garam mengikut cita rasa anda.
  8. Gaul kuah ini dan biarkan ia mendidih.
Bolehlah angkat dan hidangkan.