Khamis, 8 Mei 2014

Pasta Dakwat Sotong

Written by  Norimy Aimi


(Hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahan:

600 gm pasta (jenis pasta dakwat sotong)
300 gm tomato – dikisar kasar
100 gm tomato puri
60 gm bawang putih – dikisar
60 gm bawang kecil – dikisar
1 helai daun salam
1 ekor sotong bersaiz besar – dipotong kecil
1 biji lada benggala – dicincang
150 gm minyak masak
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Sedikit hirisan keju parmesan

Cara menyediakan:

  1. Rebus pasta sehingga masak dan tuskan. Ketepikan.
  2. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali.
  3. Tumis bawang putih, bawang kecil dan daun salam sehingga naik bau dan bertukar warna kekuning-kuningan.
  4. Masukkan tomato puri dan kacau sehingga sebati.
  5. Setelah itu, masukkan pula tomato yang dikisar kasar. 
  6. Biarkan ia masak sehingga pecah minyak.
  7. Apabila kuah sudah sebati, masukkan sotong dan lada benggala.
  8. Tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa.
  9. Hidangkan kuah bersama pasta yang telah direbus tadi.
  10. Lebih sedap jika ditambah dengan sedikit hirisan keju parmesan.