Isnin, 5 Mei 2014

Daging Hitam Manis

Written by  Norimy Aimi

Bahan-bahan:

1 kg daging batang pinang – dipotong nipis
4 labu bawang besar – dihiris
10 ulas bawang merah – dihiris
10 ulas bawang putih – dihiris
3 sm halia – dikisar
5 biji buah keras – dikisar
½ cawan cili boh
1 cawan kicap pekat
¼ cawan kicap lemak manis
¼ cawan sos cili
¼ cawan sos tiram
1 cawan sos tomato
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula pasir
½ biji cili benggala hijau – dipotong memanjang
½ biji cili benggala kuning – dipotong memanjang
½ biji cili benggala merah – dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Campurkan setengah cawan kicap pekat, gula, air limau nipis, tepung jagung dan serbuk lada hitam.
  2. Gaul kesemua bahan itu sehingga sebati.
  3. Gaulkan daging dengan bahan campuran tersebut.
  4. Perapkan daging ini selama semalaman.
  5. Untuk membuat kuahnya, tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia dan buah keras.
  6. Apabila tumisan ini agak garing, masukkan cili boh dan sedikit garam.
  7. Setelah cili boh menjadi garing, barulah masukkan daging yang sudah diperap semalaman.
  8. Tuang sedikit air dan dikacau rata.
  9. Apabila ia mendidih, masukkan pula setengah cawan kicap pekat, kicap lemak manis, sos cili, sos tiram dan sos tomato.
  10. Gaul rata kesemua bahan.
  11. Tunggu sehingga daging empuk, barulah dimasukkan cili benggala hijau, kuning dan merah.
  12. Biarkan ia masak seketika.
  13. Daging Hitam Manis ini sedia diangkat dan hidangkan panas-panas.