Resepi ini sesuai untuk bayi yang berusia 9-11 bulan. Resepi ini mudah
untuk dimasak dan mengambil masa yang singkat untuk disediakan. Selamat
mencuba =)
Bahan-bahan ( seorang )
- 60 g atau ¼ cawan isi ikan tanpa tulang dicincang halus
- 20 g atau 2 sudu makan kacang buncis dicincang halus
- 20 g atau 2 sudu makan lobak merah dicincang halus
- 1 biji tomato dicincang halus
- 15 g kentang dicincang halus
- 1 ulas bawang putih, dicincang halus
Cara-cara
- Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga wangi. Masukkan isi ikan dan tumis selama 5 minit. Angkat tumisan tersebut dan letakkan di atas pinggan.
- Masukkan kentang, lobak merah, dan kacang buncis. Tumis sehingga sayur menjadi lembut.
- Masukkan stok ikan bilis dan ikan yang telah ditumis tadi. Rebus selama 10 minit.
- Masukkan tomato.
- Selepas lembut, matikan api dan lenyek bersama nasi lembik.
- Pastikan suhu resepi ini tidak terlalu panas untuk dihidangkan kepada bayi anda.
oleh: mansur keluargabaru