Bahan-bahan ( 5-6 orang )
- 1 cawan majerin
- 1 cawan gula halus
- 3 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu susu pekat
- 1 sudu besar esen vanilla
- pewarna makanan ikut suka anda
Cara-cara
- masukkan gula dan majerin dan kacaukan hingga sebati.
- kemudian masukkan telur dan tepung kacau hingga tiada saki baki tepung di dalam bekas.
- masukkan 2 sudu susu pekat dan esen vanilla kacau hingga sebati.
- asingkan adunan tadi kedalam tiga bekas dan letakkan pewarna mengikut cita rasa anda.
- letakkan semua adunan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
- selepas kukus keluarkan dan letakkan di dalam oven dalam masa 40 minit pada suhu 150 darjah menggunakan api bawah.
- selepas siap dimasak hias mengikut kreativiti anda atau makandengan begitu sahaja
- senangkan ..selamat mencuba ^_^
oleh: nuraisyah.zulkernine