Jumaat, 22 Ogos 2014

Acar Jeruk

Bahan-Bahan:

2 cawan jeruk (mangga. limau atau belimbing)
1½ cawan cuka
1 sudu teh halba
2 sudu besar gula
1 sudu besar biji sawi
2 ulas bawang putih
2.5 sm halia (dihiris)

Bahan giling:

20 biji cili kering
2½ sudu besar jintan putih
2.5 sm kunyit
1.2 sm halia

Cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia giling dan hiris. Angkat dan asingkan. Tumis pula bahan giling serta halba. Masukkan cuka, gula dan garam. Masukkan halia tadi serta jeruk. Kacau hingga rata barulah diangkat.

Sumber: Buku Pandai Memasak