Ahad, 17 Ogos 2014

Nasi Himpit Berlauk

Bahan-bahan ( satu keluarga )

  • 1 bahagian dada ayam (potong kecil-kecil)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1/2 inci halia (tumbuk)
  • 1/2 inci kunyit hidup (tumbuk)
  • Segenggam ikan bilis (kisar)
  • 1 batang lobak merah (kisar)
  • 4 dahan brokoli (kisar)
  • 2 senduk santan segera
  • Garam secukup rasa
  • Air untuk kuah secukupnya
  • Nasi himpit sepadan dengan kuah yang dibuat

Cara-cara

  1. Gaulkan bahan yang ditumbuk dengan hirisan dada ayam dalam periuk.
  2. Buka api perlahan. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Boleh kuatkan api.
  3. Masukkan santan segera dan garam secukupnya. Kacau supaya tidak bakhil.
  4. Tambah air mengikut tahap kepekatan kuah yang dikehendaki. Masak hingga kuah menggelegak.
  5. Siap untuk dihidang bersama nasi himpit yang telah direbus dan disejukkan terlebih dahulu.
oleh: rosmawati saibi