Sabtu, 23 Ogos 2014

Ayam Masak Sambal Ala Johor

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
2 batang serai(diketuk)
1 biji bawang besar(dipotong bulat)


Bahan dikisar:

20 tangkai cili kering
3 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
1 inci belacan
1 inci halia


Cara:

ayam dipotong kecil,dicuci dan digaul bersama garam dan kunyit.kemudian goreng ayam separuh masak.sementara itu panaskan minyak tumis bahan yang dikisar bersama serai yang telah diketuk tadi sehingga cili benar-benar masak.setelah cili masak masukkan bawang besar,ayam yang telah digoreng,garam dan gula secukup rasa.sedia dinikmati seisi keluarga...

Kiriman: liya