Isnin, 25 Ogos 2014

Roti Jala Bertelur

Bahan-bahan ( untuk makan 5 orang )

  • 2 cawan tepung gandum sebiji telur untuk adunan
  • 2 biji telur untuk ditebar
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tidak cukup cair) pewarna kuning garam sedikit minyak

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan adunan dalam blender dan kisarkan hingga sebati.
  2. panaskan kuali leper tidak melekat dan lenser dengan sedikit minyak.
  3. tebarkan adunan menggunakan pengadun roti jala.
  4. tebarkan selapis lagi dengan telur yang telah dipukul.
  5. biarkan masak dan lipatkan seperti biasa.
  6. hidangkan bersama dalca atau sambal tumis.
oleh: sarimah_mohmi@yahoo.com.my