Resepi Popia Goreng sesuai untuk minum petang, mudah disediakan.
Ditulis oleh : Wardah/iresipi.com/
Masa: Penyediaan: 15 minit |
Memasak: 20 minit |
Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang
Bahan-Bahan:
-
- Kulit popia secukupnya
- 1 cawan sayur campur
- 300 gram taugeh
- 1 cawan isi ayam, bahagian dada atau isi
- 1/2 bawang besar dipotong dadu
- 1/2 kiub ayam
- 3 sudu besar minyak masak
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- sedikit air
Cara Penyediaan:
-
- Cincang kasar isi ayam.
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam. Goreng sehingga isi ayam masak.
- Masukkan sayur campur, taugeh, garam. kiub ayam dan sedikit lada sulah. Masukkan sedikit air. Goreng lagi dalam 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.
- Ambil sekeping kulit popia dan letakkan inti. Kemudian gulung kulit popia. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam.
- Goreng popia dalam minyak penuh sehingga kekuningan. Boleh dihidangkan bersama sos cili atau sos cili thai.