Resepi agar-agar koktail yang menggunakan buah-buahan koktel di dalam
tin. Juadah pencuci mulut yang begitu mudah untuk disediakan dan
bahan-bahan mudah didapati.
Terbaik dihidangkan ketika sejuk, sungguh nyaman dan sedap. Cuma perlu
diingat ketika merebus agar-agar api janganlah terlalu kuat kerana jika
menggelegak di atas api yang terlalu kuat susu cari akan berketul-ketul
dan teksturnya menjadi tidak cantik.
Ditulis oleh : Che' Nom/sumber iresipi.com/
Masa: Penyediaan: 5 minit |
Memasak: 10 minit |
Keseluruhan: 15 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang makan
Bahan-Bahan:
-
- 1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
- 900 ml air
- 1 tin koktel buah-buahan
- 1 tin susu cair
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 1 helai daun pandan
Cara Penyediaan:
-
- Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
- Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.
- Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
- Tuang di dalam loyang dan sejukkan.