Jumaat, 11 April 2014

Resepi Sandwich Deli Ayam

Bahan-bahan:
 
4 keping roti sandwich
2 kepingan ayam (Deli chicken)
2 hirisan timun
2 hirisan tomato
Daun salad secukupnya
1 sudu makan mentega
1 sudu makan mayonis
Serbuk lada hitam secukup rasa.
 
Cara Penyediaan:
 
Sapukan roti dengan mentega dan mayonis. Kemudian letakkan kepingan ayam di tengah roti berselang seli dengan hirisan timun, tomato serta daun salad. Taburkan serbuk lada hitam secukup rasa.
Setelah itu, lapikkan dengan sekeping roti lagi dan akhir sekali potong dua roti secara serong membentuk segitiga.
Sedia untuk dihidang.