Rabu, 6 November 2013

Peria Goreng Telur

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 2-3 biji Peria “Cina”. Dibasuh potong buang kedua hujungnya. Membelah dua memanjang buah peria. Buang semua biji-biji dan isi dalaman peria dengan menggunakan sudu. Hiriskan peria melintang tegak  setebal 5mm. Peria yang telah hiris perlu direndam dengan air garam untuk menghindarkan rasa pahit yang terlampau, sekurang-kurangnya setengah jam. Toskan dan sedia untuk digoreng.
  • 2 biji  telur di pukul.
  • 2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
  • 1-2 sudu besar (tbsp).
  • 2 ulas bawang putih dikupas kulit, diketuk dan dihiris (cincang).
  • 1/2 biji bawang labu dihiris halus.
  • 1/4 sudu kecil biji lada hitam ditumbuk kasar.

CARA MENGORENG:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak, bila minyak mulai panas, masukkan bawang putih di ikuti dengan hirisan bawang. Tak perlu garingkan, cuma layukan sudah memadai (kerana kita perlu layukan ula peria bersama bawang putih dengan bawang hirisan tadi akan garing bersama dengan hirisan peria).
  2. Masukkan hirisan peria (tentukan air telah ditoskan dan berada dalam keadaan kering) dalam kuuali dan layukan selama 1-2 minit. Renjiskan kicap cair atau kicap sos ikan untuk memasinkan sedikit (anda perlu tahu kita telah pun rendamkan peria dalam air garam). Teruskan goreng selama 1-2 minit lagi. Peria yang telah masak boleh ditentukan dengan tekan sudip pada hirisan peria ia akan putus dua dgn dengan mudah. Jika anda tidak mahir lagi menggunakan api dapur, goreng dengan api sederhana dan tentukan hirisan peria nada masak. Masa diberikan biasanya untukyang sudah pro dalam mengendalikan api dapur. Tak perlulah anda ikut sangat masa itu. Janji yang masak itu perlu masaka dan bila masak sayur perlu faham, haba yang terdapat dalam masakn itu akan masak 1/4 lagi bahan masakan itu. Dengan sayur yang masak di atas kuali dengan api dapur perlu dikelurkan 3/4 masak. 14 lagi ia masak dengan haba yang masih terdapat dalam masakan.
  3. Ratakan semua hirisan peria dipermukaan kuali supaya telur yang akan dimasukkan ke atasnya akan diselaputi keseluruhan hirisan peria tadi.  Masukkan telur yang dipukul ke atas hirisan peria yang sedang digoreng. Biarkan selama 1/2 minit.  Selepas itu terbalikan keseluruhan peria supaya telur masak sama-rata.
  4. Disini anda boleh hidangkan peria ini seperti cara telur bawang atau kacau kembali telur bersama hirisan peria. Tutup api dapur dankeluarkan dari kuali. Anda boleh hiaskan dengan hirisan cili merah dan bawang goreng ditabur di atas hidangan anda.Hidangan anda telah siap untuk dihidang. Masakan ini adalah sangat popular di restoren-restoren cina. Hidangan ini sangat cantik dan rasanya sangat menyelerakan sekiranya dimakan bersama nasi putih yang panas-panas.