Penyediaan Inti Murtabak (6-8 keping murabak).
BAHAN-BAHAN:
- 300gm Daging kambing atau daging ayam yang telah dicincang.
- 3 biji bawang labu sederhana besar dihiris.
- 1 cawan sayur kobis yang telah dihiris halus atau dicincang. Kalau kobis tak suka boleh gunakan “celery” dihiris.
- 4 biji cili hijau dihiris.
- 1 sudu besar serbuk rempah beriyani.
- 1 sudu kecil serbuk cili.
- 1/2 sudu kecil serbuk garam masala (rempah kari daging pun boleh kalau tiada rempah garam masala.
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
- 1 sudu besar pes halia bawang putih.
- 1/2 cawann air, ikut keperluan.
- 1 sudu besar minyak sapi (ghee).
- 1 sudu besar minyak masak.
- 6-8 biji telur ayam.
CARA PENYEDIAAN:
- Dalam masakan mamak minyak sapi sinonim dengan cita rasa mamak,
sekiranya anda rasa bau minyak sapi tidak dimenyenangkan cita-rasa anda,
gunakan minyak masak saja.
- Panaskan kuali, masukan 1 sudu besar (tbsp) minyak sapi dan dikuti
dengan 1 sudu besar minyak masak. Tujuannya ialah supaya minyak sapi
tidak terbakar dan mengeluarkan bau tengit bila terbakar. Bila mana anda
kalau gunakan butter untuk gorengan juga, lakukan perkara yang sama,
kerana butter mudah terbakar.Sebelum anda mula menumis rempah, jadikan
kesemua serbuk rempah itu diadunkan dengan sedikit air untuk dijadikan
pes rempah.
- Masukkan pes halia bawang putih. Bila warna gorengan anda mula
kuning keemasan, masukkan isi ayam dan sedkit garam. Masak dengan api
kecil. (sekiranya anda tidak menggunakan kuali tidak melekat,
kemungkinan hirisan ayam anda akan melekat di permukaan kuali. Ini akan
hancurkan hirisan ayam itu, untuk elakan melekat sebelum anda masukan
hirisan ayam, lumurkan sedikit minyak masak kepada hirisan ayam anda
supaya ia tidak melekat pada permukaan kuali biasa.
- Bila hirisan daging dan ayam mula bertukar warna kepada
keperangan masukkan masukkan sedikit air, tutup kuali. Biarkan isi
hirisan ayam masak sepenuh dengan api dapur yang kecil. Ia akan menjadi
kari pekat.
- Bila ayam telah masak, buka tudung kuali dan masukkan hirisan kobis/ celery dan hirisan bawang dan hirisan cili hijau.
- Biarkan masakn ini didapur sehingga ia menjadi agak-agak kering.
Rasa inti anda. Sekiranya perlu, tambahkan garam yang secukup dan 1/2
sudu kecil gula. Keluarkan dan simpan. Bahagikan inti ini kepada 6-8
bahagian untuk dijadikan inti murtabak.
- Ambil sebiji telur dan pecahkan dalam sebuah bekas. Tambahkan
dengan secubit garam dan secubit serbuk lada putih. Masukkan kedalam
bekas telur satu bahagian dari inti murtabak yang telah diasingkan.
Pukul telur bersama inti murtabak sehingga kembang dengan garpu.
- Panaskan kuali leper atau pun pan, renjiskan sedikit minyak masak.
Bila kuali cukup panas, tuangkan bancuhhan telur bersama inti murtabak
tadi. Jadikan ia bulat seperti telur bawang. saiz ketebalan terpulang
kepada anda. Balikan dan tentukan ia masak 3/4 sebelum dikeluarkan dari
kuali leper. Buat seperti diatas 8 keping inti murtabak.
CARA BAKAR MURTABAK:
- Bila tepung roti canai telah sediakan, renjiskan sedikit minyak ke
atas permukaan tepung roti canai, letakan sekeping inti murtabak dan
membukuskan inti dengan tepung murtabak. Disini anda perlu tentukan saiz
inti murtabak dan kelebaran tepung roti canai yang anda telah sediakan
perlu mencukupi untuk menutup keseluruhan saiz inti murtabak.
- Panaskan kuali leper bakr roti canai, bila kuali mula panas
renjiskan sedikit minyak ke permukaan kuali. Angkat penyediaan murtabak
yang telah disediakan dan dengan cermat dan mula bakar murtabak anda.
sekiranya anda tidak mahir untuk pindahkan murtabak yang perlu goreng,
sediakan dalam pingan dan anda perlu cuma telungkupkan saja. Mudah
bukan. Sebenarnya penerangan mamak haji buat susah tapi bila anda sekali
buat, anda akan kata , “ceh…mudah rupanya buat murtabak ini”..mamak
haji buat leceh bawak naik beca keliling padang kota rupenye!”
hahahaha!.
- Sentiasa terbalikan-balikan murtabak yang sedang masak untuk
mendapatkan goringan yang sama dan tepung diluarnya masak. Jangan
pedulikan intinya kerana ia telah pun masak. Cuma anda perlu tumpukan
kepada tepung yang telah dibalut saja. kesabaran dalam goreng ini akan
memberi ranggupan yang terbaik. Jangan ikut kedai kerana mereka kejar
masa.
- Sebelum mulakan goreng kedua dan seterusnya, tentukan minyak yang
berlebihan gorengan perlu dilap bersih. Minyak yang terbakar akan
mengeluarkan bau yang tidak enak dan kemungkinan murtabak anda akan
pahit. Garing murtabak kini terpulang pada suhu kepanasan. sekiranya
suhu kuali leper terlalu panas untuk goreng seterusnya, anda tidak perlu
mengawal api, cuma anda perlu renjiskan sedikit air untuk mengurangkan
kepanasan kuali. Selamat mencuba
PENYEDIAAN HALWA BAWANG SEBAGAI PENCICAH MURTABAK:
BAHAN-BAHAN PERLUKAN:
- 2 cawan bawang labu sederhana besar yang telah dihiris membujur (dari atas kebawah).
- 1 cawan cuka.
- 1/2 cawan gula.
- 1 sudu kecil garam.
- sedikit pewarna merah.
CARA-CARA PENYEDIAAN.
- Panaskan cuka bersama satu cawan air. jangan sampai mendidih (takat 60C -70 C).
- masukkan gula dan garam.
- masukkan bawang dan segera matikan api dapur.
- Masukkan sedikit pewarna merah. Sebenarnya halwa bawang ini
biasanya dibuat dengan bawang bombay yang merah. Bawang ini bila kena
cuka memang menjadikan merah. Masalahnya bawang bombay jarang ketemu
jadi kita gunakan sedikit pewarna merah. Bila sejuk masukkan dalam peti
sejuk. Ia lebih rangup bila keadaan sejuk.
Selamat mencuba.