Isnin, 4 November 2013

Asam Pedas Ikan Pari Johor

BAHAN-BAHAN:

1 kg ketulan ikan pari. Kalau bahagian isi tebalnya dipotong dadu 30-40 cm. Kalau bahagian sayap potong memanjang dlm lebar 30-40 cm.
3 batang serai di belah dua memanjang.
2 kuntum bunga kantan dibelah dua memanjang.
3 helai daun limau purut dibuang tulang tengah.
1 cawan air asam jawa pekat.
1 gengam daun kesum diurut daun dari batangnya.
5 kacang bendi, 2 biji tomato dibelah emapat dan hirisan tebal nenas (1 bhg. dari 4 bhg nenas).
2 keping asam keping/gelugor.
1 sudu besar (tbsp) gula pasir.
garam dan minyak masak secukup.

BAHAN-BAHAN UNTUK KISARAN/TUMIS.

10-15 cili dipotong serong, direbus untuk dibuang bijinya.
5 biji bawang merah atau 2 biji bawang labu.
3 ulas bawang putih.
1 inci lengkuas dihiris.
1 inci halia.
1 1/2 inci atau sekeping belacan bakar.

CARA-CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Minyak masak biar lebih sedikit dari kebiasaan, ia untuk dapatkan minyak pedas terapung dilauk anda. Masukkan semua bahan-bahan yang telah kisar. Tumis dengan kacau serata. Tumis sehinngga tumisan anda pecah minyak. Pecah minyak bermakna minyak akan timbul disekeliling bahan tumisan. Masukkan gula dan serai kacau sebati.
  2. Masukan air dan air asam, dikuti asam keping, daun kesum, daun limau purut dan bunga kantan. kacau dan sebatikan bahan-bahan ini.
  3. Biarkan kuah anda mendidih, kecilkan api dapur dan masukan ketulan pari yang telah dibersihkan. Masak ikan pari dengan cara mereneh (simmering)  dan jangan mendidihkan (boiling), ini akan hancurkan isi ikan anda.
  4. Bila ikan dah masak 3/4 masukkan kacang bendi, nenas dan tomato. Masukan garam yang secukup rasa.
  5. Bila ikan pari anda masak boleh matikan api dapur dan hidangkan dengan panas-panas. Kepekatan kuah anda terpulang pada kepekatan asam jawa anda cara renehan anda.
  6. Selamat mencuba. Resepi ini khas mamak haji tujukan untuk anak-anak yang berada di jauh yang amat meminati asam pedas ikan pari Johor ini.