Ahad, 3 November 2013

Terung Goreng Cili Api

Bahan-bahan

  • 3 biji terung panjang – potong serong
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • 1 cawan santan pekat
  • Segenggam ikan bilis – digoreng garing
  • 2 biji bawang merah – dimayang
  • 1 biji bawang besar – potong bulat
  • 2 tangkai daun sup – dipotong 1 cm
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kuning
  2. Masukkan cili padi dan santan. Kacau hingga pekat
  3. Masukkan terung, ikan bilis dan garam. Kacau sebati
  4. Masukkan bawang besar dan daun sup.
  5. Siap dimakan dengan nasi panas