Ayam Masak Halia Bersos Kicap
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- Seekor ayam yang telah bersihkan beratnya 1.5kg – 1.8kg. Potong 1o
bahgian dan tentukan dadah ayam itu dibelah dua untuk masak sekata
dengan bahagian-bahagian lain semasa membakar. Dada yang kalau tebal
memerlukan masa yang lama dari bahagian lain.
- 1/2 cawan atau lebih kurang 25 ml kicap pekat.
- 1/4 cawan gula merah(gula merah atau gula hitam burma yang
kehitaman), Cairkan dan tapis gula merah ini kerana kebanyakan bungkusan
gula ini sengaja dibasahkan dan diadun dengan kandungan pasir oleh
pembungkus yang tidak bertanggung jawab yang cuma mencari keuntungan.
- 5 tbsp halia yang dihiris halus memanjang seperti size batang mancis ( Ini ada yang tak pernah jumpa batang mancis?).
- 5 ulas bawang putih dicincang halus, ingat dalam masakan cina bawang
putih perlu dicincang halus. Biasanya ketuk bawang putih ini sampai
leper dan cincang lebih mudah.
- 1 tsp atau sudu teh serbuk lada hitam kasar. Beli biji lada hitam
dari kedai mamak dlm RM2.00 kisar kasar dan simpan. Banyak tu..
- 1 tbsp kicap ikan (untuk tambah kemasinan kalau kurang kemasinan sos).
- 2-4 tsp minyak bijan (seasame oil).
CARA-CARA MASAK:
- Bersihkan ketulan ayam dan susun permukaan kulit ke atas dalam
sebuah bekas pembakar yang muat dalam ketuhar anda. Jangan tindihkan
diantara satu sama lain ketulan ayam itu dalam bekas pembakar.
- Bancuh bahan-bahan yang telah disebuttkan dan tuang ke atas ketulan
ayam. Balut bekas itu dan membiarkan semalaman atau sekurang-kurangnya
12 jam didalam peti sejuk anda.Keluarkan perapan ketulan ayam.
- Tentukan ketuhar/ oven telah dihidupkan dan laraskan suhu oven anda
pada 220 C. Bila suhu oven telah tercapai pada 220C , masukan bekas
pembakar ke dalam oven anda. Laraskan masa kepada 40 minit. Tentukan
bekas pembakar bearada di tengah ruang ketuhar.
- Dalam masa 40 minit tempoh bakar itu, pada 20 minit kedua terbalikan
ketulan ayam dalam bekas. Dan teruskan pembakaran (grill). Pada akhir
masa pembakaran 40 minit dengan suhu 220C tamat. Terbalikan semula
ketulan ayam berkulit ke atas. Hidupkan kembali oven anda, larskan
semula masa kepada 10 minit dengan melaraskan tambahan suhu pada 250C
untuk mendapatkan pembakaran sedikit hangus pada permukaan kulit atas
ketulan ayam. Ia cuma mencantikan produk kita.
- Anda boleh hidangkan dipingan hidangananda dengan daun bawang yang dipotong dua inci panjang sebagai hiasan. Selamat mencuba.