BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm).
- 1 cawan tepung beras.
- 3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
- 3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu
beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak
payah bubuh pun.
- 1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.
- 1/2 sudu kecil baking powder.
- 1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan
panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam
tepung.
- 3/4 sudu kecil (tsp) garam.
- Nota: Mamak haji tak tambah kisaran udang, taugeh,
kucai, bawang atau cili hijau. kita cuba tepungnya dulu sebelum kita
jadikan ia digunakan untuk “resepi passembur”. Anda boleh ikut resepi
cucur udang mamak penang dalam posting lama. Caranya sama untuk cucur
ini kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung jagung untuk
tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan
ranggup. kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi seperti kueh
tempeyek.
CARA MEMBUATNYA:
- Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam
serata. Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung. Bancuh
tepung serata. Kalau nak berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi
kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan
sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan
sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.
- Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya
satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam.
Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.
- Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali.
Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali
adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak “CAP FELDA
FVGH” sebelum naik harga minyak masak naik!.
- Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas
dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak
untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap
ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur
minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu
panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke
dalam kuali. Kepanasan Minyak gorengn jangan sampai ia berasap
(terbakar), ia buruk untuk kesihatan yang membentuk asid. Inilah sebab
kadang-kala bila makan gorengan tekak kita gatal dan batuk-batuk. Minyak
yang telah berasap tidak boleh digunakan. Mana nak buang?. Kenapa
majlis tak mahu sediakan tempat kumpul minyak?. Kononnya dasar “hijau”.
Hijau itu warna rasmi Petronas bukan Parti Pas.
- Cara goreng gunakan sudip, panaskan sudip kedalam minyak panas
selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan sudu (2 sudu) dan tolak
dengan sudu yang lain, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala
melekat di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru
tolak masuk. Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic)
amat sesuai. Buat perlahan-lahan untuk memahirkan.
- Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang
ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini
tepung perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam
kuali. Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh
ditolak masuk dengan sudip bila tepung mulai masak.
- Meletakan udang di atas cucur memang masalah pada yang mula buat.
Nanti udang ke mana cucur ke mana. Untuk memudahkan udang melekat di
atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya
udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita
buat “gam” untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung
ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak.
Pasti udang tak berenang dalam minyak.
- Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna
kekuningan. kalau anda nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan
sedikit pewarna” Red Orange” atau “oren merah” bukan kuning telor. Cucur
yang masak kita boleh tentukan dengan tidak ada gelembong udara
dikeluarkan dari cucur yang tengah masak. Ini bermakna kandungan air
dalam cucur telah sejat. haba mainkan peranan utama dalam setiap
gorengan. Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap
gorengan.
Nota: Kekerasan cucur udang ini terletak pada tepung beras. Kalau ia
lembut dan kita nak keras, tambahkan tepung beras. Kekerasan juga
kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat
dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan. Maka
terus mencuba untuk mendapatkan gorengan terbaik dengan melatih. Kena
melatih sendiri untuk memahirkan diri. Masak ini memerlukan kesabaran,
ketabahan, tidak mengaku kalah atau kecewa. Kena lakukan sendiri dengan
minat mendalam. Takat salin resepi dan buat berniaga ia tak menjadi.
Cucur udang passembur kita perlu berlainan dari orang lain.