Rabu, 6 November 2013

Rendang Ayam Berempah

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam (1.6-1.8kg) di potong 10 bahagian. Bersihkan dan lumurkan dengan 1 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit dan 1/2 sudu kecil garam. Daging ayam yang dijual pasar adalah terlalu lembut dan cepat penyek atau hancur bila di masak jangka masa yang lama. Untuk elakan ini kita perlu goreng sedikit permukaan daging untuk tujuan kerasakan. Sekiranya gunakan ayam kampung, proses ini tidak perlu dilakukan kerana sememangnya daging ayam kampung keras.
  • 1 cawan santan pekat, kalau gunakan buah kelapa, 1 biji dengan 2 cawan santan diperah.
  • 1/2 cawan kerisik. Sekiranya gunakan kelapa parut, goreng kering sehingga perang dan ditumbuk denganguna  batu lesung sehingga lumat dan minyak dikeluarkan.
  • 4 helai daun salam (Indonesia)  atau 2 helai daun kunyit.
  • 1 btg serai diketuk.
  • 2 keping asam keping/gelugor.
  • 1 keping gula melaka.
  • 2 sudu besar (tbsp) serbuk kari daging/boleh tambah 1 sudu lagi kalau ingin lebih berempah.
  • satu senduk kecil minyak masak.
  •  Garam secukup.

Bahan tumis untuk dikisar:

  • 3 biji bawang labu sederhana besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 2 inci halia.
  • 5 batang serai dihiris halus.
  • 2 inci lengkuas dihiris.
  • 1 inci kunyit hidup dibuang kulit dan dihiris.
  • 15 tangkai cili kering direndam dalam air panas.
  • 10 biji cili api.
Kisar bahan-bahan di atas dengan kadar 1:1 air.

CARA MEMASAK:

  1. Panasakan kuali, masukam minyak masak, bila panas masukan 1 batang serai yang telah diketuk. Masukkan bahan kisaran dan asam keping, kacau rata. Biarkan api dapur pada sederhana.  Bila perencah ini mula pecah minyak (minyak akan timbul di sekeliling tumisan), Masukkan gula melaka dan dua sudu rempah kari. Biarkan gula Melaka larut dalam tumisan (bumbu).
  2. Masukkan santan dan biarkan ia masak secukup (Ini bertujuan rendang anda tidak basi dan baik dalam jangka waktu yang lama).
  3. Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan ketulan ayam dan kecilkan api. Kerap kali kacau ayam ini supaya dipermukaan bawah tidak hangus. Sekiranya terlalu pekat anda boleh gunakan air panas untuk cairkan sedikit. Ini masakan rendang bukan kari, maka rendang yang kering dan lembab diselaputi dengan ketulan ayam paling enak dimakan.
  4. Rendang yang terbaik adalah rendang yang telah pecah minyak. Minyak perlu timbul  dan menjadi selaput yang melindungi  dari bakteria yang boleh basikan rendang ayam. Ini juga cara yang sama digunakan dalam masakan resepi nasi kandar.