BAHAN-BAHAN KEPERLUAN: (untuk 50 org)
- 5 kg, Beras SST 5% hancur. Bila gunakan beras biasa tentukan beras dibasuh dengan sempurna untuk menghilangkan kanji berlebihan dan nasi jadi peroi. Beras yang telah basuh, airnya untuk masak perlu jernih sehingga berasnya kelihatan di mata kita.
- 1 tin kimball soup besar.
- 1/2 tin tomato puri.
- 200 gm buah badam denga di rendam dan buang kulit dan dikisar halus.
- 50 gm buah janggus.
- 100 gm buah kismis.
- 1 tin minyak sapi tulin yang kecil.
- 1/2 cawan minyak masak.
- 1 tin susu sejat.
- 1 sudu besar (tbsp) serbuk jintan putih.
- 1 sudu besar (tbsp) serbuk jintan putih.
- 2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
- 2 biji bawang labu besar di kisar halus.
- 3 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
- 2 kpg kayu manis panjang 2 inci, 5 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 8 kuntum bunga cengkih.
- 1 sudu besar garam masala.
- 3 helai daun panda disimpul.
- 2 sudu besar (tbsp) gula pasir.
- Garam dan warna mearah oren kalau dikehendaki.
- Beras yang dibasuh ditoskan.
- Panaskan periok dan masukkan minyak sapi dan gabungkan dengan minyak masak. Bila minyak mula panas masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cenkih. Bila mula rempah ini mengeluarkan bau haruman masukkan daun pandan. Kemudian masukkan hirisan bawang . Tumis sehingga warna bawang menjadi kuning keemasan. Masukkan pes halia bawang putih. Bila mula baunya naik masukkan air bawang kisar. Tumiskan bahan-bahan ini sehingga baunya naik dengann api kecil sederhana. Semasa tumisan jangan sekali hanguskan sebarang rempah.
- masukan serbuk serbuk jintan manis, jjintan putih dan juga garam masala – awas jangan rempah ini terhangus dengan kepanasan melampau, cepat-cepat masukkan kimball sup dan puri tomato. Adunkan sebati bahan-bahan ini. masukkan susu sejat. masukkan beras dan adunkan rata semua bahan-bahan ini sehingga sebati dengan beras.
- Masukkan air telah sukat biasanya air dan beras nisbahnya 1:1 atau gunakan hukum ibu jari. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup penutup dan biarkan ia masak. Bila airnya mengelegak, kecilkan api dapur dan biarkan nasi itu sejat. Bila wap keluar mengikut penutup periok nasi mula masak. Anda buka penutup periok masukkan pewarna oren merah di tiga atau tempat dipermukaan nasi. Biarkan nasi masak secukup. Terbalikan nasi permukaan atas itu kebawah dan bawah itu naik ke atas.
- Bila nasi cukup masak taburkan bawang goreng di atas untuk mewangikan lagi. Selamat mencuba.