BAHAN-BAHAN:
- 2 butir Telur Ayam.
- 1/2 cawan susu (kotak susu full cream).
- 1/4 sudu kecil atau 2-3 titis esin Vanilla.
- 4 keping roti.
- sedikit gula untuk ditabur di atas atau satu sudu besar madu.
CARA-CARA MEMASAK:
- Dalam sebuah bekas masukkan telur dan susu. Pukul rata dengan gunakan garphu. Dalam pada itu panaskan kuali leper atau pun pan dengan api dapur yang kecil.
- Celurkan di kedua-dua permukaan roti dengan campuran susu-telur yang telah disediakan. Gantungkan kepingan roti yang telah dicelur dengan telur yang berlebihan dengan cucuk garpu pada kepingan roti tersebut.
- Sebelum masukan roti kedalam kuali leper, masukkan 1 sudu kecil mentega atau majerin n ke dalam kuali.
- Masukkan roti dan bakar kedua-dua bahagian sehingga warna keperangan yang anda kehendaki. Mamak Haji suka warna keemasan yang mengambil lebih masa dengan api dapur yang paling minima.
- Setelah masak keluarkan dari dapur dan hidangkan dengan disapu madu atau gula halus di atas kepingan tadi.
Tip-Tip Masakan: Roti Telur Bakar.
- Untuk susu 1/4 cawan kedah satu biji telur dan dua keping roti. Anda kira saja untuk isi keluaga.
- Pewangi paling terbaik ialah berempah serbuk kayu manis atau Is buah pala kering dan di serbukkan. mat Dalleh panggil Nut Meg Powder.
- Jangan masukkan gula dalam susu dan telur, ia akan hitamkan roti anda.