Ahad, 3 November 2013

Ikan cencaru sumbat

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan cencaru (kalo kat jepun ni gune aji-pilih yg besar2 siket)
  • UNTUK ISI ; 1/4 labu bawang besar
  • 4 biji cili (ubah ikot tahap kepedasan masing2)
  • 1/4 biji tomato
  • UNTUK KUAH; sedikit kicap manis
  • sedikit air
  • perahan air limau nipis (boleh diganti dgn tomato yg dihiris nipis2/air asam jawa)
  • sedikit minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. siang ikan - belah belakang badan ikan utk disumbat
  2. tumbuk hingga hancur semua bahan2 utk isi
  3. sumbatkan bhn2 yg telah ditumbuk ke dalam bhgn perut dan belakang badan ikan
  4. panaskan kuali dan goreng ikan dgn minyak sedikit (1-2 sudu).paling2kan ikan sehingga masak
  5. masukkan kicap dan air(ikot selera masing2 samada nak kuah byk atau sikit).kalau guna tomato boleh masukkan sekali.didihkan sebentar
  6. siap utk dihidang!! (kalo gune limau nipis, perah atas hidangan yg sudah sedia dimakan)