Sabtu, 6 Mei 2017

NASI AYAM HAINAN yang terlajak sedap ........

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. BOLEH MOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

Jom kita semak resepi nasi ayam Hainan yang 'memang terlajak sedap' ni.. Kalau tengok pada resepi rasa saperti biasa saja kan.. Tapi tektik memasak/menyediakan yang berlainan menjadikan masakan kita rasa tidak sama saperti biasa.

Ini adalah kali pertama saya memasak nasi menggunakan lemak ayam dan dengan menggunakan beras biasa pon nasi saya saya menjadi 'seroi' tapi teramat lembut sekali.

Untuk 10 orang makan

Bahan A (Sup)

Ayam 1 ekor (dipotong kepada 4 bahagian, di asingkan lemak-lemak ayam)1/2 periuk air ('rice cooker standard size') yang akan menenggelamkan keseluruhan ayam semasa merebus4 ulas bawang putih (dihiris)1 inci halia (dihiris)1 kiub pati ayam 'KNOR'sedikit garam

Bahan B

daun supdaun bawangbawang goreng

Bahan C (Perapan ayam)

Kicap masin 'Kipas Udang'2 sudu besar Sos Tiram
* Minyak dari Lemak ayam
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun pandan (dikerat 4)
1/2 sudu teh kunyit serbuk

Bahan D-1(Nasi)

* Minyak dari Lemak ayam
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun pandan (dikerat 4)
1/2 sudu teh kunyit serbuk

Bahan D-2

6 pot beras (anggaran 800 gram)
10 pot air
1/2 kiub pati ayam 'KNOR'

sedikit garam

Bahan E (Sambal Cili)

10 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 sudu besar gula putih
jus air limau kasturi dari 3 biji
sedikit garam

Bahan F (Kicap)


1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
Kicap manis 'Kipas Udang'
lebihan dari bahan perapan ayam (C)
sedikit minyak dari gorengan ayam

Bahan G


Timun
Tomato biji
Daun Salat

Cara-Cara Memasak Sup

  1. Didihkan air dalam periuk sehingga ia 'mendidih membuak-buak'.
  2. Kecilkan api sekecil-kecil yang boleh dan masukkan betulan-ketulan ayam dan tutup tudung periuk. Biarkan ayam masak secara perlahan sehingga air mendidih kembali  (anggaran masa 1.30 jam bergantung kepada saiz ayam dan kuantiti air)
  3. Keluarkan ayam dari periuk dan masukkan kedalam bekas yang berisi 'ketulan ais + air sejuk'. Ini adalah untuk memastikan yang proses memasak isi ayam terhenti yang akan menjadikan isi ayam terasa begitu 'moist' sekali.
  4. Dalam periuk berisi rebusan ayam,  masukkan hirisan halia, bawang putih, garam dan kiub KNOR.
  5. Siap. Sebelum hidang taburkan dengan bahan B

Cara-Cara Memasak Ayam


  1. Keluarkan ayam dari air rendaman ais dan lumur dengan bahan C. 
  2. Perapkan selama 10 minit.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam secara 'Touch and Go' ia-itu anggaran 10-15 saat sahaja sekadar memastikan sos tiram dan kicap melekat pada ayam. Tidak perlu terlalu lama kerana isi ayam telah pon masak dan untuk memastikan ia kekal 'moist'.
  4. Renjis dengan Minyak bijan semasa menghidangkan nya

Cara Memasak Nasi


  1. Dalam kuali, masukkan lemak-lemak ayam dan goreng sehingga ia cair (tidak perlu ditambah sebarang minyak semasa menggoreng).
  2. Dalam 'rice cooker', masukkan minyak ayam dan tumis bahan  D-1 sehingga bawang putih 'betul-betul garing'.
  3. Masukkan beras yang telah dibasuh dan di toskan air nya. Goreng seketika anggaram masa 5 minit. Ini adalah untuk memastikan beras tidak hancur semasa proses memasak.
  4. Masukkan air, kiub ayam dan garam. Rata kan dan biarkan nasi masak saperti biasa.

Cara Menyediakan Sambal Cili


  1. Kisar kesemua bahan E kecuali jus air limau kasturi dan garam.
  2. Apabila siap masukkan baru dimasukkan jus air limau kasturi dan garam dan ratakan.

Cara Menyediakan Kicap


  1. Satukan bahan F dalam periuk dan masak seketika sekadar ia mendidih

sumber : intai-intaidapurfha.blogspot.my