Bahan-bahan:
250g susu pekat manis
250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai** saya guna 400g
3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah) tapi saya letak 6 sudu
250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai** saya guna 400g
3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah) tapi saya letak 6 sudu
Adunan Keju :
(Pukul sebati semua bahan sampai pekat,simpan pati ais,tahan selama 2 minggu)
125g cream cheese di biar lembut suhu bilik
2sdb susu pekat
1/4 cwn susu cair
1/4 cwn fresh cream (cair)
125g cream cheese di biar lembut suhu bilik
2sdb susu pekat
1/4 cwn susu cair
1/4 cwn fresh cream (cair)
Cara-cara :
- Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu. Pukul guna whisk telur manja2 sahaja.
- Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati.
- Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500g tepung jagung.
- Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540g tepung jagung. Saya tambahkan pewarna dlm doh. Nak bagi kaler2 sket.
- Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega. Tekankan ceri merah@coklat chips@ kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
- Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
- Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
sumber dari : http://www.kongsiresepi.com/