Isnin, 14 April 2014

Nasi Dalca Ekonomi "Ala Mamak Haji"

NASI DALCA EKONOMI ‘ALA MAMAK HAJI:

MASAKAN UNTUK 50 ORANG.

BAHAN-BAHAN KEPERLUAN:
  • 5 kg, Beras SST 5% hancur. Bila gunakan beras biasa tentukan beras dibasuh dengan sempurna untuk menghilangkan kanji berlebihan dan nasi jadi peroi. Beras yang telah basuh, airnya untuk masak perlu jernih sehingga berasnya kelihatan di mata kita.
  • 1 tin kimball soup besar.
  • 1/2 tin tomato puri.
  • 200 gm buah badam denga di rendam dan buang kulit dan dikisar halus.
  • 50 gm buah janggus.
  • 100 gm buah kismis.
  • 1 tin minyak sapi tulin yang kecil.
  • 1/2 cawan minyak masak.
  • 1 tin susu sejat.
  • 1 sudu besar (tbsp)  serbuk jintan putih.
  • 1 sudu besar  (tbsp) serbuk jintan putih.
  • 2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
  • 2 biji bawang labu besar di kisar halus.
  • 3 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
  • 2 kpg kayu manis panjang 2 inci, 5 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 8 kuntum bunga cengkih.
  • 1 sudu besar garam masala.
  • 3 helai daun panda disimpul.
  • 2 sudu besar (tbsp) gula pasir.
  • Garam dan warna mearah oren kalau dikehendaki.
CARA MEMASAK:
  1. Beras yang dibasuh ditoskan.
  2. Panaskan periok dan masukkan minyak sapi dan gabungkan dengan minyak masak. Bila minyak mula panas masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cenkih. Bila mula  rempah ini mengeluarkan bau haruman masukkan daun pandan. Kemudian masukkan hirisan bawang . Tumis sehingga warna bawang menjadi kuning keemasan. Masukkan pes halia bawang putih. Bila mula baunya naik masukkan air bawang kisar. Tumiskan bahan-bahan ini  sehingga baunya naik dengann api kecil sederhana. Semasa tumisan jangan sekali hanguskan sebarang rempah.
  3. masukan serbuk serbuk jintan manis, jjintan putih dan juga garam masala – awas jangan rempah ini terhangus dengan kepanasan melampau, cepat-cepat masukkan kimball sup dan puri tomato. Adunkan sebati bahan-bahan ini. masukkan susu sejat. masukkan beras dan adunkan rata semua bahan-bahan ini sehingga sebati dengan beras.
  4. Masukkan air telah sukat biasanya air dan beras nisbahnya 1:1 atau gunakan hukum ibu jari. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup penutup dan biarkan ia masak. Bila airnya mengelegak, kecilkan api dapur dan biarkan nasi itu sejat.  Bila wap keluar mengikut penutup periok nasi mula masak. Anda buka penutup periok masukkan pewarna oren merah di tiga atau tempat dipermukaan nasi. Biarkan nasi masak secukup. Terbalikan nasi permukaan atas itu kebawah dan bawah itu naik ke atas.
  5. Bila nasi cukup masak taburkan bawang goreng di atas untuk mewangikan lagi. Selamat mencuba.
dipetik dari: http://balannambiar.wordpress.com/

Ahad, 13 April 2014

Ayam Goreng Tiram

Ayam Goreng Tiram

Bahan-bahan (untuk 2-6 orang):
  • 6 ketul kepak ayam (bersihkan, kerat 2 & kelar-kelar)
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu garam halus
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu gula
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu ladahitam - ditumbuk kasar
  • 1 sudu minyak bijan (jika suka)
  • Minyak untuk goreng terendam

Cara Penyediaan:

Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia hingga halus.Masukkan ayam ke dalam mangkuk. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk goreng. Gaul hingga mesra dan perap sekurang-kurangnya selama 1 jam.

Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sempurna. Anggaran selama 10 minit atas api sederhana.

Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi.

dipetik dari: http://www.resepi4u.com/

Kari Ayam Nyonya Kapitan

Kari Ayam Nyonya Kapitan

Bahan-bahan:

500 gram ayam (1/2 ekor ayam) - bersihkan & potong kecil
5 biji bawang merah
2.5cm halia
1.5cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 batang serai
3 helai daun limau purut - hiris halus
2 biji kentang - belah 4
1 sudu cili kisar (cili boh/cili giling)
300 mlm santan
Garam secukup rasa
Minyak masak (untuk goreng ayam & menumis)

Cara penyediaan:

Kisar bawang merah, halia, kunyit hidup,buah keras dan serai bersama dengan sedikit air hingga halus. Ketepikan.

Panaskan minyak dalamkuali untuk goreng ayam. Setelah panas, masukkan ayam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Gunakan kuali yang sama, masukkan kentang dangoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Tutup api.

Dalam kuali / periuk lain, masukkan 4 sudu minyak masak dari kuali gorengan tadi. Panaskan minyak dan tumisbahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik aroma.

Masukkan cili kisar dan tumis lagihingga garing. Masukkan santan dan kacau hingga rata.

Masukkan ayam dan kentang  yang telah digoreng tadi. Masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga mendidih atau pekat.

Tutup api dan angkat untuk dihidangkan. Taburkan hirisan daun limau purut semasa dihidangkan.

Selamat mencuba :)

Resepi Upma Rava ( Suji )

Resepi ini berasal dari Selatan India yang digemari untuk sarapan pagi. Diperbuat dari tepung suji. Resepi amat mudah untuk disediakan. Pada satu masa sangat sinonim di rumah orang-orang India tetapi kini semakin pupus di telan arus pengaruh barat. Ramai anak-anak muda dari kalangan orang India di negara sudah lupa atau pun tak pernah menjamah…mamak haji berikan resepi ini untuk kenang kembali masa kecil dulu, arwah Ibu sebulan tiga atau empat kali sediakan sarapan ini untuk bekalkan ke sekolah…Ia tidak mudah basi dan sarapan yang paling sukai..tak tahulah kenaa resei ini telah menghilang di rumah-rumah orang India di negara ini. 

RESEPI UPMA RAVA (SUJI).

Bahan-Bahan diperlukan:
  • 1 cawan tepung suji (rava). Masukkan dalam kuali panas sederhana, goreng sehingga tepung bertukar ke kuning keperangan sedikit. Asingkan.
  • 2 hingga 2 1/2 cawan air.
  • 1 biji bawang besar (labu) dihiris.
  • 2 biji cili hijau dihiris.
  • 1 sudu kecil halba campur.
  • 1/2 inci halia dicincang.
  • 8 biji buah janggus.
  • 1 ranting daun kari (dlm 10 helai).
  • 1 sudu kecil gula pasir.
  • 2 sudu besar minyak masak / sapi.
  • Garam secukup rasa.
CARA MEMASAK:
  1. Masukan minyak masak dalam kuali yang panas.
  2. Masukkan halba campur, bila halba campur mula meletop-letop masukkan biji janggus goreng sehingga bertukar warna keemasan kuning.
  3. Masukkan hirisan bawang dan cuma layukan saja.
  4. Masukkan cili hijau, haliadan daun kari goreng cuma 1 minit.
  5. Masukkan air dengan segera dan mendidihkan.
  6. Masukkan garam dan gula.
  7. Masukkan sedikit demi sedikit tepung suji (dlam kadar 2 sudu besar) dan kacau rata (supaya teung tidak bergentel). Begitulah sehingga semua tepung dimasukkan dalam air mendidih.
  8. Sentiasa kacau rata adunan ini sehingga tepung tidak lagi melekat di permukaan kuali menandakan tepung telah masak dan sedia untuk hidangan.
  9. Hidang upma ini dengan sambal kelapa atau dengan gula. Mamak Haji lebih suka dengan gula di taburkan di atas hidangan ini.
Selamat Mencuba.