Isnin, 12 Mei 2014

Nasi Bukhari Ayam

BAHAN-BAHAN:

PENYEDIAAN AYAM:

  • 1 ekor ayam yang berat 1.6 -1.8 kg potong 8 ketul. Sekiranya anda dapat beli cuma 8 peha ayam penuh ia lebih molek.  Bersihkan ketulan ayam dan peramkan dengan 1/2 kecil sudu kecil (tsp) garam, 1/2  sudu kecil (tsp) serbuk kunyit dan secubit lada hitam selama 30minit  - 1jam.
  • Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan ketulan ayam telah diperam dan goreng dgn minyak sedikit sehingga ketulan ayam bertukar ke warna kuning keemasan (Ia sebenarnya “grill” ayam). Semasa gorengan anda mungkin rasa kesulitan pada permukaan ketulan ayam melekat pada permukaan kuali, untuk menhindarkan ini, guna kuali tidak melekat (Non-Stickable Pan). Jika anda tidak punyai kuali jenis ini dan untuk goreng dalam kuali biasa, lumurkan sedikit minyak pada ketulan ayam yang ingin digoreng sebelum lepaskan dalam kuali. Tujuan goreng ini cuma untuk menguatkan permukaan luar isi ayam supaya ia tidak mudah hancur bila masak dengan nasi. Jangan goreng sampai masak ketulan ayam ini, sekadar 1/4 masak sudah cukup. Sekiranya masak penuh  jus ayam ini akan kering dan untuk rasa kesedapan nasi kelak. Angkat dan asingkan ketulan ayam yang telah digoreng.

Bahan-Bahan untuk Tumis Ketulan Ayam

  • 1 sudu kecil (tsp) biji ketumbar.
  • 1 sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
  • 1 kpg 2″ kayu manis.
  • 6 biji buah pelaga.
  • 6 kuntum bunga cengkih.
  • 1/4 sudu kecil lada hitam.
  • * 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
Sagai semua bahan-bahan tersebut kecuali serbuk kunyit dan kisar halus untuk dijadikan rempah
  • 2 biji bawang labu sederhana besar di hiris halus.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 2 helai daun shaiba.
  • 2 btg karot dihiris.
  • 2 btg karot disagat.
  • 6 biji tomato cherry dibelah dua.
  •  pes tomato puri
  • 2 helai daun beriani/salam.
  • 1/2 sudu kecil teh (tsp) garam atau cukup rasa.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) garam masala.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
  • 1 sudu besar stok ayam (maggi)
CARA PENYEDIAAN:
  1. Gunakan minyak yang sama goreng ayam dan ditambah 1 sudu minyak sapi (itu pun kalau suka) dipanaskan kembali, masukkan hirisan bawang, goreng hingga layu (jangan sampai garing), masukan lobak hingga layu.
  2. Masukkan semua rempah dan garam. Kemudian masukan pes halia bawang putih. Goreng sehingga bau haruman rempah dikeluarkan. Masukkan ketulan ayam tadi. Tutup periok anda dan perlahan api untuk ayam separuh masak.
  3. Bila ketulan ayam masak 1/2 , masukkan puree tomato, dan susu cair. Tambahkan kiub ayam, perlahankan api dapur. Biarkan kuah nya menjadi pekat (pes). Keluarkan ketulan ayam saja. Biarkan kuahnya.
  4. Masukan air (air untuk masak beras basmathi ialah nisbahnya 1:1 bermakna masukan beras dalam bekas dan ratakan paras dan tandakan paras beras. Sukatan air adalah sama dengan paras beras. Jangan lupa sukatan ini walau pun anda masak jumlah yang besar. Ini formulanya. Biarkan air mendidih dan masukkan beras yang ditapis kering. Untuk sedap lagi anda boleh masukkan  1-2 kiub ayam dan sedikit gula kedalam kuahnya. Rasa airnya untuk kemasinan yang sesuai biasanya 1/2 sudu kecil garam sudah memadai untuk resepi ini.

Penyediaan Nasi:

  1. kg basmathi di basuh dan direndam selama 1/2 jam ( mamak haji suka rendam dalam bekas air panas selama 3-4 minit, kacau rata dan terus toskan air untuk mempercepatkan lagi proses rendaman ini, cara ini lebih baik dari rendam beras). Tentang basmathi ini ramai pengunjung blog bertanyakan jenama terbaik. Kualiti beras basmathi terletak pada size panjang atau pendek. Kalau panjang harga pun lebih panjang dan tinggi. Maka terpulanglah pada anda untuk memilihnya. Masukan beras bila air mula mendidih. Bila nasi mula masak kacau perlahan-lahan (jangan sampai butir nasi pecah).
  2. Bila nasi mula sejat kecilkan api dapur ke minima supaya nasi tidak hangus. Titiskan pewarna oren merah di tiga atau empat tempat dimana gelembung udara dibebaskan. Ini bertujuan warna ini ke dasar nasi. Cara warna ini untuk ada butir-butir nasi berwarna oren dan mencantikan hidangan. Ia juga mengelakan keseluruhan nasi bertukar warna dari warna asli masakan. Segera tutup tudung periok dan tentukan tiada wap terkeluar  dengan menggunakan gam tepung gandum atau lilit kain di sekeliling periok (seperti menyediakan nasi beriani gam Johor). Setelah masak terbalikan nasi supaya bahagian nasi yang belum masak akan ke bawah dan bahagian bawah nasi naik keatas dengan menggunakan sudip.  Ratakan kembali nasi dan taburkan buah kismis dan buah badam yang telah goreng tadi ke atas permukaan nasi.
  3. Bila nasi telah siap anda boleh hidangkan dengan ketulan ayam sekali. Selamat mencuba.
Nota: anda bolehlah ubah cara masak dengan terus gunakan rempah kurmak atau pun dengan rempah sup atau kari. Kalau mengikut resepi asal tomato segar di kisar dan guna yogurt. Rempah di atas sebenarnya rempah kurma yang sedia dijual. Wassalam.

Resepi Nugget Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

150 gram isi ikan tenggiri
50 gram tepung ubi
2 biji telur ayam
1 sudu bawang putih goreng
50 gram cendawan telinga, cincang kasar
garam secukup rasa
1 sudu teh gula
serbuk lada sulah secukup rasa
150 gram serbuk roti
100 gram tepung gandum
1 liter minyak masak

Cara Penyediaan :

Kisar isi ikan tenggiri. Masukkan tepung ubi, bawang putih dan 1 biji telur. Gaul hingga rata.
Tambahkan cendawan, garam, gula dan lada sulah. Gaul hingga mesra.

Masukkan adunan ke dalam loyang beralas plastik. Ratakan adunan dan kukus sehingga masak. Angkat, potong 1.5 x 3 cm Salut potongan nugget dengan tepung gandum, celupkan dalam telur, golekkan diatas serbuk roti.

Panaskan minyak, goreng nugget ikan hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
Sajikan dengan sos cili atau sos tomato.

Ayam Panggang dengan Selada Kentang

(*Resipi oleh Chef Naqiuddin)

Bahan-bahan:

½ ekor ayam
1 biji ubi kentang jenis Russet – dipotong dadu
1 sudu kecil mayonis
½ sudu kecil mustard
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
1 sudu kecil daun bawang - dihiris

Bahan-bahan A:

1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar minyak jagung
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Gaulkan kesemua bahan A sehingga sebati.
  2. Lumurkan bahan A tadi pada ayam.
  3. Perapkan ayam ini selama 30 minit dan simpan ia di dalam peti sejuk.
  4. Sementara itu, rebuskan kentang hingga lembut dan toskan airnya hingga kering.
  5. Gaulkan kentang rebus ini bersama mayonis, mustard, garam, serbuk lada hitam dan daun bawang.
  6. Ketepikan selada kentang tersebut.
  7. Panaskan ketuhar pembakar kepada suhu 160 darjah selsius.
  8. Ambil ayam yang telah diperap tadi.
  9. Bakar ayam ini selama 40 minit.
  10. Apabila ayam masak, keluarkan dari ketuhar pembakar.
  11. Biar ia sejuk seketika, barulah dihidangkan bersama selada kentang.

Ahad, 11 Mei 2014

Coklat Chips Cookies..

Bahan-bahan:

Untuk ayak:

2 cwn tepung
1/4 cwn serbuk koko
1 sudu kecil baking powder

1 1/2 cwn brown sugar
1 cwn butter
1 biji telr
1 sudu kecil vanilla
1 cwn coklat chips

Pukul gula dan butter hingga sebati. Tidak perlu terlalu lama. Masukkan telur dan esen vanilla. Diikuti tepung dan uli hingga jadi doh. Bentukkan dan bakar selama 15 minit pada suhu 170oC.