Selasa, 26 April 2016

Puding Kastard Jagung

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan tepung kastard

  • 1 cawan gula

  • 1 cawan santan

  • 1 cawan jagung (Berkrim)

  • Secubit garam

  • 2 cawan air

Cara membuatnya:

Didihkan air di dalam periuk

Masukkan tepung kastard, gula, santan dan garam ke dalam pengisar ataupun food processor dan kisar sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam periuk dan kacau menggunakan api yang perlahan selama 2 minit.

Masukkan jagung dan terus mengacau sehingga ianya pekat dan meletop-letop.

Tuangkan adunan ke dalam bekas dan sejukkan sebelum memotong - sumber : azianhasan.com

Isnin, 25 April 2016

Resepi Puding Sagu Gula Melaka


Resepi Puding Sagu Gula Melaka, hidangan pencuci mulut yang boleh disediakan di majlis istimewa. Bagi Che Nom, walaupun resepinya mudah tetapi sangat versatile jika dihidangkan dengan cantik dan kemas. Terima Kasih kepada blog kak Azlita Masam Manis kerana tips membilas sagu supaya hilang kanjinya. Dengan cara itu, sagu akan lebih kental dan terbentuk dengan cantik. Jangan risau jika sagu nampak agak hancur, teruskan bilas dengan air dan toskan. Untuk resipi ini, Che Nom gunakan sukatan cawan supaya mudah dan cepat. Bagi kuah santan pula, lagi sedap jika kita gunakan santan segar. Selamat mencuba :)

Ditulis oleh :  

Masa: 
Penyediaan: 45 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 55 minit 
Jumlah Hidangan : 18-20 biji

Bahan-Bahan:

Bahan untuk sagu:
  • 1 1/2 cawan sagu
  • air secukupnya
Bahan untuk kuah santan:
  • 2 1/2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
Bahan untuk sirap gula melaka:
  • 1 ketul besar gula melaka
  • 3 sudu besar gula merah serbuk Thai
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul

Cara Penyediaan:

  1. Rendamkan biji sagu bersama air selama 1/2 jam. Anggaran air sehingga tenggelam dua ruas jari.
  2. Rebus sagu di atas api perlahan sehingga hilang putih di tengah-tengah biji. Jika air kurang tambahkan sedikit supaya sagu masak dengan sempurna.
  3. Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir supaya kanjinya keluar.
  4. Toskan dan masukkan pewarna kesukaan anda. Kacau sekata. Sudukan sagu ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit. Sagu akan terbentuk dan kental apabila sejuk.
  5. Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kuah santan dan sirap gula melaka.
Cara untuk kuah santan:
  1. Masak santan bersama daun pandan, tepung beras dan garam di atas api perlahan.
  2. Kacau sekata supaya santan tidak berketul. Apabila kuah sudah mendidih dan pekat, angkat dan sejukkan.
Cara untuk sirap gula melaka:
  1. Masukkan air di dalam periuk bersama gula melaka, gula merah Thai, gula pasir dan daun pandan.
  2. Masak sehingga sirap mendidih pekat dan ketulan gula hilang. Kacau sebati.
  3. Tapis dan sejukkan.
Tips:
Kuah santan: Kuah santan haruslah sedikit pekat dan masin. Tidak terlalu masin tetapi cukup untuk mengimbangi rasa manis dari sirap gula melaka. Sirap gula melaka: Che Nom tambahkan gula merah Thai kerana rasanya yang sedap dan warnanya yang pekat kehitaman. Bila dimasak bersama gula melaka, warna yang terhasil sangat cantik dan rasanya sangat sedap.

Ahad, 24 April 2016

Resepi Bubur Jagung


Resepi Bubur Jagung, paling sedap buat hidangan minum petang. Resepi yang mudah, tetapi sungguh membuka selera. Kalau ada jagung segar anda boleh cuba masak bubur jagung. Che Nom letak gula melaka sebagai tambahan kepada gula pasir biasa. Untuk santan pula, seeloknya digunakan santan segar kerana rasanya lebih enak berbanding santan kotak.

Ditulis oleh :

Masa:

Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-Bahan:

  • 2 batang jagung, hiris isinya
  • 1/4 -1/2 cawan gula pasir
  • 1 keping gula melaka
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 3 sudu besar biji sagu
  • 2 helai daun pandan, carik dan simpul

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan santan cair, daun pandan dan isi jagung ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula pasir, gula melaka, garam, sagu dan santan pekat. Kacau perlahan-lahan sehingga bubur mendidih. Kadar manis adalah mengikut citarasa anda. Jika rasa kurang manis boleh tambah lagi sedikit guka.

Tips:

Bubur haruslah kerap dikacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih supaya kuah tidak berketul dan pecah minyak.

Resepi Mee Rebus Sedap

Resepi Mee Rebus yang pasti sedap, rahsia kepekatan dan kemanisan kuah mee rebus ini terletak pada ubi keledek yang direbus. Anda harus mencuba resepi ini, terbaik jika dihidangkan pada sambutan rumah terbuka.

Ditulis oleh : /iresipi.com/

Masa: 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 50 minit 
Jumlah Hidangan : 5

Bahan-Bahan:

  • 1 kg mee kuning, dicelur
  • 250g taugeh, buang ekor dan celur
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng
  • 3 biji telur, direbus
  • 1 tangkai daun sup, hiris halus
  • Cili merah, hiris nipis
  • Cili hijau, hiris nipis
  • 3 ketul tauhu, digoreng dan hiris sederhana nipis

Bahan untuk kuah:

  • 1 senduk minyak masak
  • 500 g daging, hiris nipis
  • 500 g keledek merah, anggaran 2 ketul kecil
  • 2 sudu besar taucu
  • 5 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • 1 sudu besar udang kering yang direndam*
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 6 cawan air
  • 1/2 cawan serbuk kacang tanah ( kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar halus)
  • 2 cm lengkuas, dititik
  • 1 biji tomato, dipotong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak kuah:
  1. Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.
  2. Kisar halus bahan bertanda (*)
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati
  4. Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didhkan sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Cara untuk menghidang:
  1. Masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mee. Hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh. Perahkan dengan limau kasturi. Sedia untuk dimakan.