Sabtu, 31 Mei 2014

Kerepek pisang simple

Bahan-bahan ( 1 bekas kecil )

  • 4 biji pisang tanduk
  • minyak utk menggoreng
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Letakkan sedikit garam didalamnya.
  2. Bila minyak dah panas sagat terus pisang ke dalam kuali. Api biar sederhana besar.
  3. Goreng sampai kuning. Angkat dan toskan minyak.
  4. Sedia untuk dimakan.
sumber dari : oleh: mamiamin

Ubi goreng berempah

Bahan-bahan (sekeluarga)

  • Ubi kayu - kupas kulit, cuci dan dipotong
  • Bahan kisar:- bertanda *
  • * Cili kering
  • * Ketumbar
  • * Jintan
  • Serbuk kunyi
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Ubi - kupas kulit, cuci dan dipotong mengikut size yg sesuai.
  2. Gaul rata ubi dan bahan2 yg telah dikisar, bersama sebuk kunyi dan garam.
  3. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga garing.
  4. Boleh dihidangkan bersama sos kicap cili padi.
sumber oleh : Lynne

Blueberry Cheese Tart

Bahan-bahan: Makes 12

Untuk doh pastri

125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila


Kaedah penyediaan:

1.Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2.Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3.Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4.Sementara itu sediakan bahan isian cheese.


Bahan Isian cheese:

250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya

*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.
Kaedah penyediaan:

  1. Pukul cheese dan telur hingga sebati.
  2. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
  3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
  4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling
  5. di tengah-tengahnya.
  6. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.
  7. Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.
Sumber: FP Akak Rinnchan

Jumaat, 30 Mei 2014

Semperit Marble

Bahan
 
280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
70 gm tepung jagung
70 gm tepung kastad >> kite taruk tepung jagung juga
1 s/k coklat emulco
hirisan badan [hiasan]

Cara
  1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
  3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
  5. Gunakan acuan samperit bunga cina dan pamkan adunan coklat dalam loyang angaran 3 cm.
  6. Pamkan adunan asal bersebelahan doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
  7. Letakkan hirisan badam sebagai hiasan.
  8. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
  9. Bila sejuk simpan dalam balang kedap udara.
Sumber : FP Hanieliza