Isnin, 8 September 2014

Resepi Udang Lada Hitam

Bahan-bahan :
 
200 gram udang segar - bersihkan tanpa buang kulit
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu garam
100 gram tepung gandum
Minyak masak untuk goreng & menumis
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar - potong dadu
2 tangkai daun bawang - potong 1 inci
1 biji lada benggala - potong dadu
2 sudu sos lada hitam
1 sudu serbuk lada hitam
Sedikit jus limau nipis
 

Cara Penyediaan:
 
Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng udang.
Lumur udang dengan serbuk kunyit dan garam hingga mesra. Kemudian golek-golekkan pada tepung gandum dan masukkan ke dalam kuali. Goreng hingga udang berubah warna, angkat dan ketepikan.
Tumbuk bawang merah bersama bawang putih dan halia hingga lumat. 
Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan tumis hingga kuning keemasan.
Masukkan lada benggala, daun bawang, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Kacau hingga mesra.
Masukkan udang yang telah digoreng dan kacau hingga mesra. Tutup api dan perasakan dengan perahan limau nipis.
Sedia untuk dihidangkan.