Ahad, 7 September 2014

Sup Daging Berempah Tumis Darat

Bahan-bahan ( 10 Orang Makan (rasanya lebih nie) )

BAHAN A
  • 1 kg daging lembu (dipotong kecil)
  • 2 batang kulit kayu manis, 5 biji bunga cengkih, 5 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga
  • 2 mangkuk air (tambah jika perlu)
BAHAN B
  • 1 inci halia, 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang besar (ditumbuk sederhana halus)
  • 1 sudu besar lada hitam, 1 sudu besar jintan manis, 1 sudu besar ketumbar, 1/2 sudu jintan putih (dikisar kering hingga halus)
  • 1 mangkuk kecil air
  • 2 sudu besar perencah sup adabi
BAHAN LAIN
  • 4 biji ubi kentang (dikerat 4)
  • garam & serbuk perasa
  • daun bawang & daun sup (dihiris kasar)
  • bawang goreng
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Masukkan Bahan A ke dalam periuk. Rebus daging menggunakan api sederhana sehingga daging betul2 empuk. Tambah air jika perlu. *lebihkan air supaya sup banyak.
  2. Panaskan minyak ke dalam kuali, tumis halia, bawang besar & bawang putih yg telah ditumbuk tadi. Kacau sehingga kekuningan.
  3. Sementara menunggu bawang garing. Satukan 4 rempah yg telah dikisar kering tadi bersama perencah sup dan air. Kacau hingga sebati. Apabila bawang kekuningan masukkan bancuhan rempah tadi ke dalam kuali. Kacau & sebatikan dengan bawang. Kacau selalu hingga pecah minyak.
  4. Masukkan kentang ke dalam periuk rebus daging tadi. biarkan lebih kurang 5-8 minit. Setelah daging empuk, masukkan semua bahan2 yg telah kita tumis tadi ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati. Tunggu sehingga ubi kentang empuk.
  5. Perasakan dengan serbuk perasa & garam. Setelah masak, angkat sup & hiaskan dengan daun sup, daun bawang & bawang goreng.
  6. Sedia dimakan.. =)
oleh: Qaseh Leeyana