Jumaat, 4 Oktober 2013

Asam Rebus Keladi

Bahan-Bahan:

3 pokok keladi telur
3 keping asam gelugur
20 sen udang hidup
20 sen daun kesum
5 ulas bawang merah
6 biji cili kering
Sedikit belacan
Garam serta serbuk perasa secukupnya

Cara:

Keladi dibersihkan dan dipotong-potong setelah itu celurlah keladi ini dengan 2 keping asam gelugur. Bila telah layu buangkan airnya, angkat serta ketepikan. Daun kesum dibersihkan, bawang dimayang halus-halus. Cili dan belacan ditumbuk sehingga lumat setelah itu panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan cili yang telah ditumbuk ini sehingga masak. Setelah masak, angkat cili dan ketepikan untuk sementara waktu. Masukkan air secukupnnya ke dalam periuk kemudian masukkan bawang yang telah dimayang, udang kering serta 1 keping asam gelugur. Bila air sudah mendidih masukkan pula keladi yang telah dicelur. Kemudian masukkan cili yang telah ditumis serta daun kesum tadi. Tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Kemudian bolehlah di angkat untuk dihidangkan.

JANGAN LUPE KLIK IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA KASIH... Please Click the advertisment. Once is enough. thank You

Buncis dengan Hati

Bahan-Bahan: 





600 gm kacang buncis
150 gm hati
1 cawan santan pekat
4 labu bawang merah

2 ulas bawang putih
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara:

Potong kacang buncis serong-serong
sepanjang 2.5 cm. Potong hati sebesar 2 cm. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang. Kacau hingga lembut. Masukkan rempah, kacau supaya tidak melekat. Masukkan hati dan goreng selama 10 minit. Masukkan garam. Masukkan kacang dan balik-balikkan. Masukkan santan pekat. Masak hingga empuk.   

Bihun Goreng Cina ala Kampung

Bahan-Bahan:

1-bihun satu bungkus
2-cabai melaka 6 biji
3-lada hitam 20 biji
4-bawang putih/merah 6 biji
5-sayur
lobak merah
sawi
selodek jagung

bahan untuk menumis,ambil bahan 2,3,4.kisar bahan tadi sehingga lumat.

Cara:

ambil sedikit minyak masak untuk menumis
masuk bahan menumis,sehingga kuning.
masukan bihun,kacau sehingga bihun lembut
masukan telur(kalau perlu),akhir sekali
masuk sayur kedalam bihun tadi.kacau sehingga bihun lembut.

Cadangan Hidangan:

setelah masak hidang dalam pinggan,untuk
melazatkan lagi,hias dengan daun sup/daun bawang diatas bihun,tabur.

Tambahan:

masuk kan perasa(ajinamoto)garam secukup rasa.



JANGAN LUPE KLIK IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA KASIH... Please Click the advertisment. Once is enough. thank You

  

Khamis, 3 Oktober 2013

Black Pepper Fried Rice

Bahan-Bahan:

cooking tradisional resepi- black pepper fried rice

6 cawan nasi
2 keping isi ayam(rebus-potong dadu)
6 biji bawang puteh (cincang)
1 biji bawang besar(hiris)
4-5 biji telor
2 sudu makan lada hitam
1 chicken kiub

Sayur kobis (hiris)
Sadikit daun bawang
6 sudu kicap manis cap kipas
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:

  1. Panaskan minyak,tumis bawang putih hingga kekuningan.Masukkan bawang hiris,goreng hingga bawang layu.Masukan daging ayam.Goreng lagi lebihkurang lima minit.
  2. Masukan telur,digaul hingga separuh masak,masukan kicap dan lada hitam.Gaul rata.
  3. Masukan sayur kobis,nasi dan chicken kiub,digoreng lagi hingga lima atau pun sepuluh minit baru masukan daun bawang
    dan tutup api.

Cadangan Hidangan:

Lebih enak dimakan ketika masih panas.

Tambahan:

Bagi yang suka pedas bolehlah taruh lebih lada hitam.



JANGAN LUPE KLIK IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA KASIH... Please Click the advertisment. Once is enough. thank You