resepi dari mamak restoran, betul2 dari mamak tulen. itu
sebablah saya panggilnye mi goreng mamak real..hehehe. lagipun ni lah
rahsia pes mi mamak kan..
Bahan-bahan ( 2 org makan )
BAHAN2 PES :
- 1/2 Cawan kacang tanah
- 150g cili kering
- 100g udang kering geragau/kepal
- 1 genggam kacang dhal
- 1 sb gula merah (gula pasir pun boleh)
- air asam jawa dan garam secukupnya
- myk masak secukupnya
- Bahan mee :
- 2 cekak mi kuning
- 1 cekak taugeh, 1 btg sayur sawi, 1 biji telur
- 2 biji bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (diketuk)
- 2 sb kicap cair
- cucur udang, ubi kentang rebus, tauhu goreng, limau nipis dan bawang goreng
- 1 sb air garam (jika mahu)
Cara-cara
-
Untuk pes : goreng bahan2 di atas bersama myk dengan
aturan kacang tanah, kacang dhal, cili kering, dan akhir sekali udang
kering geragau/kepal.
-
sejukkan semua bahan digoreng tadi dan kisar halus dgn air.
-
tumiskan bahan2 kisar tadi sampai pecah minyak (minyak
timbul di permukaan). Masukkan air asam jawa, gula merah dan garam
secukup rasa. Rasa kepedasan, sekiranya pes anda pedas sangat boleh
tambah gula lagi.Garam pun kene pandai agak sebab mi kuning dah masin.
-
Untuk mee :
-
Panaskan kuali. bila kuali dah panas masukkan 2sb minyak
masak dan tumiskan bawang putih, bawang merah hingga harum.
-
Masukkan 2sb pes anda masak tadi, di sini anda kena
pandai adjust rasanya..kalau nak pedas n lagi top..lebihkan pes tu pun
tak pe..kemudian masukkan cucur udang, tauhu goreng, ubi kentang rebus,
dan sayur sawi.
-
bila dah layu sawi, masukkan dengan segera mi kuning
dan titiskan kicap cair, 1sb air garam (jika perlulah). Masak dgn api
yang kuat, kalau nak mi anda basah boleh tambah sdikit air, kemudian
diikuti dengan taugeh. Gaul rata
-
Bila mi dah mulai masak, kecilkan api dan tepikan mi
anda dengan sudip kemudian kosongkan ruang tengah kuali, titiskan sdikit
minyak dan pecahkan telur. Tutup telur dengan mi seketika dalam 30 saat
la. Kuatkan api semula dan kacau mi dgn telur sbati. keseluruhan
menggoreng 3-4 minit je
-
angkat mi anda dan hiaskan dengan hirisan cili, taburan
bawang goreng, hirisan limau nipis, dan kacang tanah tumbuk (jika mahu
lah).
Selamat mencuba........
oleh: iedacase@yahoo.com