Isnin, 25 Ogos 2014

Banana Chocolate Chip Muffin

Bahan-bahan ( 18 biji muffin kecik )

Bahan A
3/4 cup tepung gandum
3/4 cup tepung naik sendiri
1/4 cup tepung jagung
1 tsp baking powder
1 tsp garam (kalau guna minyak)

Bahan B
3/4 hingga 1 cup pisang dilecek (agak-agak 3 biji pisang sederhana besar)
3/4 cup minyak/ mentega dicairkan

Bahan C
1/2 cup gula perang
1/2 cup gula pasir
3 biji telur
1 tsp esen vanila
1 cup cip coklat

Cara-cara

  1. Ayak bersama semua bahan A. Gaul rata.
  2. Lecek pisang (bahan B). Ketepikan.
  3. Pukul semua bahan C menggunakan mixer hingga berbuih.
  4. Masukkan bahan A yang telah diayak sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
  5. Campurkan bahan B satu persatu. Pukul lagi.
  6. Sekarang masuk pulak semua cip coklat. Jangan pukul dah. Gaul je.
  7. Isikan dalam muffin cups 3/4 penuh. Bakar pada suhu 170 celcius, selama 1/2 jam. Kalau nak lebih garing, bolehlah bakar lagi lama.
  8. Selamat mencuba!
  9. **Boleh jugak buat sebagai kek pisang. Bakar dalam loyang instead of muffin cups.**
oleh: humaira'

Ahad, 24 Ogos 2014

Gulai Ketam Johor

BAHAN-BAHANNYA

4 ekor ketam bunga saiz XXL (kurang lebih 1.3 kg)
1 biji timun saiz besar
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
500 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS

1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
15 biji cili padi kampung
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA

  1. Ketam dibersihkan, kemudian kerat 2 setiap 1, cuci bersihkan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai titik dan asam gelugor. Kacau dan masak hingga mendidih. Sementara itu, kupas kulit timun, kerat 3, kemudian kerat 4 untuk setiap keratan. Buang empulurnya dan ketepikan.
  2. Tuang santan cair ke dalam periuk, kacau dan biar mendidih. Tambah air jika perlu. Masukkan timun, tambah daun kunyit dan masak sekejap. Tuang pati santan dan masak dengan api kecil hingga timun lembut tapi tidak lembik. Kacau sentiasa.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, telur dadar dan sambal belacan.
sumber : http://www.tiffinbiru.com/

Nasi Tomato

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan.
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam.
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng.
oleh: choppy

Nasi Beriani Berkerisik

Bahan-Bahan:

225 gm beras Basmathi
2 camca besar minyak sapi
3 camca besar cili giling
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
Garam secukupnya
450 ml santan, daripada setengah biji kelapa

2 camca besar kerisik
4 cm lengkuas-dikisar halus
6 biji bawang merah-dikisar halus
3 ulas bawang putih-dikisar halus
2 cm halia-dikisar halus
1 batang serai-dikisar halus


Cara:

Beras dicuci dan direndam 20 minit baru disejat. Ketepikan. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumis bahan-bahan dikisar halus hingga wangi. Masukkan serai dan cili. kacau rata 2-3 minit. Masukkan daun kunyit, garam dan santan. kacau lagi hingga air mendidih. Pastikan api perlahan. Akhir sekali masukkan kerisik dan beras. Kacau nasi sekali-sekala hingga air kering. Tutup periuk dan kecilkan api serta biar hingga nasi betul-betul masak.

Sumber: Majalah Sajian Jelita Bil :43