Isnin, 22 September 2014

Asam Pedas Udang Dengan Terung Dayak

Bahan-Bahan:

500 gram udang galah
1 biji terung dayak (terung asam )
3-5 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 cm belacan

3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 batang serai
1 cm kunyit
garam dan serbuk perasa


Cara:

Cili merah,bawang putih,bawang merah, kunyit dan belacan ditumbuk halus. Terung dan bawang besar dipotong nipis-nipis. Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi dan masukkan terung asam, 500 ml air dan serai, masak sampai mendidih, kemudian masukkan udang dan bawang besar.Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan selama 5 minit dan angkat, sedia untuk dihidangkan.

Kiriman: Flora Louis Lang

Ahad, 21 September 2014

Beehoon Soto

Bahan-Bahan:

Bahan – bahan untuk sup:
1 ekor tulang ayam
1 ekor ayam
2 kiub stok ayam
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
3 camca besar minyak
2 liter air

Bahan-Bahan Yang Dikisar: 
 
2 biji besar bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci lengkuas
1 camca teh lada hitam
4 biji buah keras

Bahan untuk Kicap: 

Segenggam cili padi, basuh, jangan dibuang batang
10 biji bawang putih
15 biji limau kasturi
Gula secukup rasa
Kicap pekat

Lain-lain bahan: 

Beehoon - celur dahulu
Taugeh – celur sekejap
Kacang Tanah – digoreng atau direbus
Begedil
Daun Sup dan Daun Bawang
Bawang Goreng 

Cara:

Cara membuat sup:

•Panaskan minyak di dalam periuk.
•Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Goreng hingga perang.
•Masukkan air kedalam periuk dan biar mendidih.
•Kemudian, masukkan kedua-dua ayam kedalam periuk.
•Masukkan stok ayam dan garam. Tutup priuk and tunggu sehingga ayam empuk/masak.
•Setelah masak, keluarkan ayam yang berdaging tadi dari sup. Toskan ayam tadi.
•Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan sait-siatkan daging ayam tadi.

Cara membuat Kicap: 

Goreng cili padi tanpa minyak hingga layur. Bakar bawang putih sehingga keperanggan. Giling kedua-dua bahan sehingga hancur. Perahkan asam limau. Tuangkan kicap pekat dan gula. Gaul bahan. Sedikit air kalau tidak mahu sos terlalu pekat.

Cadangan Hidangan: 

Masukkan meehon yang telah dicelur, taugeh, kacang, tanah, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan ayam goreng yang telah disiat kedalam mangkuk. Kemudian masukkan sup dan akhir sekali masukkan sedikit sos kicap tadi dan perahkan limau kasturi. Makan semasa masih panas.

Kiriman: Zuraina  

Ayam masak serai ala tomyam

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 4 ketul ayam di potong kecil2
  • 10 biji cili padi (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 Batang lobak merah
  • sedikit kobis bunga
  • 1 camca sos ikan
  • 1 camca sos tiram
  • 1 sk pati ikan bilis
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa
  • 3 cawan air untuk kuah

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, ayam di gaul dgn serbuk kunyit dan garam di goreng setengah masak.
  2. Tumis bahan kisar bersama serai, daun limau purut, garam dan pati ikan bilis sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak, lobak merah dan kobis bunga dan air untuk kuah.
  4. Masukkan sos ikan, sos tiram. Kacau rata. perasakan dengan garam.
  5. Siap untuk di hidang.
oleh: inahaireina

Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

**NASI**
  • # 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
  • # 1/2 tin santan
  • # garam dan gula
  • # 1 sudu besar halba
  • # bawang dan halia (hiris halus2)
  • # air
**GULAI IKAN TONGKOL**
  • $ 1 tin santan
  • $ 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering
  • $ 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • $ 6 keping asam keping
  • $ garam dan secubit ajinomoto
  • $ gula
  • $ 5-6 biji cili padi
  • $ 1 ekor ikan tongkol
  • $ 1 cm belacan
**ACAR**
  • & 2 batang timun
  • & 1 batang lobak merah
  • & 1/2 biji bawang besar
  • & 1 biji lada besar
  • & cuka, garam, gula

Cara-cara

  1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.
  2. GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
  3. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.
oleh: minami133